Thursday, September 30, 2010

SEJARAH BERMULANYA MELAYU BERSATU (16 )

27 April 1953
Persidangan Kebangsaab.

7 orang Menteri Besar yang menyokong Dato' Onn dan mendapat rastu British, khasnya Malcolm Mac Donald telah menaja Persidangan Kebangsaan. Tujuannya ialah untuk menggabungkan parti pelbagai kaum yang menentang Perikatan UMNO - MCA. dengan harapan dapat melemahkan parti perikatan serta menangguhkan pilihanraya dan kemerdekaan Tanah Melayu. Bagaimanapun ia gagal mendapat sokongan parti.

23 Ogos 1953
Konvensyen Kebangsaan.

Kovensyen Kebangsaan telah diadakan telah dianjurkan oleh Perikatan UMNO - MCA dan dihadiri oleh 13 pertubuhan lain. Tujuannya ialah untuk mengukuhkan perpaduan dan persefahaman antara kaum di negeri ini supaya bersatu hati menuju matalamat kemerdekaan. Dengan kejayaan konvensyen itu, British mula melihat kekuatan kerjasama UMNO - MCA sebagai golongan pendesak yang penting.

Ogos 1953
Kertas Putih Pilihan Raya.

Atas desakan Konvensyen, British menubuhkan Jawatankuasa Pilihanraya. UMNO - MCA memilih untuk mengadakan laporan minoriti manakala British dan Raja-raja Melayu mengadakan laporan majoriti.

British mengeluarkan laporan majoriti pada Januari 1954. UMNO - MCA menolak laporan majoriti tersebut dan mendesak laporan minoritinya menjadi asas persiapan pilihan raya. Konvensyen Kebangsaan menuntut ahli yang dipilih sebanyak 60 daripada 98 orang dan bukannya 44 orang dari 92 orang seperti cadangan laporan majoriti. Mereka juga mendesak supaya pilihan raya diadakan pada November 1954.

Raja - Raja Melayu dan British mahukan sebuah Dewan Undangan dengan ahli yang dipilih kurang daripada yang dilantik tujuan melambat-lambatkan kuasa pemerentahan diserahkan kapada rakyat.

Mereka juga menolak pilihan raya diadakan secepat munkin atas alasan terlalu suntuk untuk membuat persiapan.

Tunjuk perasan dengan membakar kertas putih telah dilakukan diberapa UMNO bahagian kerana menentang penangguhan pilihan raya.

bersambung

3 comments:

  1. kan bagus kalau semua bersatu.. x perlu gaduh2.. hidup aman tolong menolong.. kalau pentingkan diri je, macam mane nak maju.. negara kita sekarang ni nk banding dengan 10-15 tahun dulu, nak jalan sorang2 pun takut.. kang kena ragut la.. samun la.. kalau semua bersatu, masalah pun takde..

    ReplyDelete
  2. Salam semua. Buat Ahli-ahli politik dan juga penyokong parti politik..

    Perlukan Rumah untuk Disewa (Homestay) Sempena PRK Dun Galas Yang Akan Tiba Tak Lama Lagi. Hubungi saya sekarang (En Sham (013-3598445) untuk keterangan lanjut.
    Ada pelbagai rumah untuk disewa. Dari rumah Banglo hingga ke rumah teres. Selesa dan dekat dengan pengundi.

    Lengkap dengan kemudahan asas. Amat sesuai untuk dijadikan rumah negeri, bahagian mahupun cawangan.

    Yang penting harga berpatutan dan boleh ditawar.
    Cepat sebelum tawaran ini habis..

    - Anak jati Kelate di perantauan

    ReplyDelete