Wednesday, September 1, 2010

SEJARAH BERMULANYA MELAYU BERSATU ( 9 )

6 - 16 Ogos 1946

RUNDINGAN - RUNDINGAN JAWATANKUASA.

Jawatankuasa ini menjalankan tugasnya menyusun perlembagaan Persekutuan. Tiga nama telah dibincangkan bagi Persekutuan Negeri-Negeri Melayu:-

1. Malayan Federal Union - ditolak kerana tidak menampakkan kedaulatan negeri-negeri

Melayu. Perkataan "Union' tidak disenangi orang Melayu.

2. Malayan Federation - ditolak oleh wakil Melayu kerana "Malayan" berkaitan dengan

Malaya tetapi tidak termasuk orang-orang Melayu.

3. Fedration of Malaya ( Persekutuan Tanah Melayu ) - Pihak Melayu telah memilih nama ini

dan dipersetujui oleh jawatankuasa.

TENTANGAN TERHADAP PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

Semasa berlakunya rundingan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu, terdapat gulungan yang tidak berpuas hati dengan syarat kerakyatan didalam Perlembagaan Persekutuan.

Mereka telah menubuhkan satu badan yang dinamakan "All Malaya Council Of Join Action"
( AMCJA ) yang diketuai oleh Tan Cheng Lock. Antara parti-parti yang telah berkerjasama dengan AMCJA ialah Parti Kebangsaan Melayu Malaya ( PKMM ), Angkatan Pemuda Insaf
( API ), Malayan Indian Congress ( MIC ) dan Lembaga Kesatuan Melayu.

API, PKMM, dan Lembaga Kesatuan Melayu telah keluar dari AMCJA dan membentuk Pusat Tenaga Rakyat ( PUTERA ).

JANUARI 1947

GABUNGAN AMCJA & PUTERA.

MELAYU BERPECAH KEMBALI SEDANGKAN MERDEKA BELUM LAGI.

AMCJA pimpinan Tan Cheng Lock dan PUTERA pimpinan Dr. Burhanuddin All - Helmi bergabung bagi menentang perlaksanaan Perjanjian Persekutuan dan merangka perlembagaan mereka sendiri, diantara kandungannya:-

1. Penubuhan sebuah Dewan Perundangan Persekutuan yang dipilih dan satu pengal ialah
selama 3 tahun. Tidak terdapat pemilihan - pemilihan, calun, wakil - wakil atau kerusi -
kerusi berasaskan kaum. Bagaimanapun orang Melayu diberi hak mendapat 55 peratus
daripada jumlah kerusi dalam 3 dewan yang pertama.

2. Penubuhan sebuah Majlis Kaum untuk mengelak pengubalan undang-undang yang bersufat
diskriminasi.

3. Mewujudkan Kerakyatan Melayu dengan semua mereka yang lahir di tanah Melayu
menerima kerakyatan secara automatik berasaskan prinsip "jus soli". Kerakyatan melalui
naturalisasi diberi kapada mereka yang tinggal disini selama 8 daripada 10 tahun yang

terakhir disamping perlu lulus ujian Bahasa Melayu yang mudah. Bagaimanapun
Perlembagaan yang dikatakan berdasarkan suara rakyat tidak mendapat sambutan orang
Melayu.


bersambung.

No comments:

Post a Comment