Monday, September 27, 2010

SEJARAH BERMULANYA MELAYU BERSATU (14 )

Jun 1951
DATO' ONN MENINGALKAN UMNO.


Pada November 1950, Datyo Onn' telah mencadangkan keahli UMNO dibuka kapada orang bukan Melayu dan mengubag nama UMNO kepada United Malayen Organisation. Beliau mahukan orang Melayu bersifat terbuka dan menerima pendekatan baru dalam politik yang bersifat Malayen.

Pengilabatan beliau didalam RIDA dan ahli dalam Negeri telah mendedah beliau kapada dasar pentadbiran British yang ingin memalayankan Tanah Melayu. Beliau bimbing orang Melayu akan terpencil dalam arus pembangunan ekonomi penjajah jika tidak bersikap terbuka.

UMNO tidak dapat menerima idea Dato Onn dan tidak yakin segala dasar UMNO yang akan diputuskan bersama ahli berbagai kaum dapat memberi faedah kapada orang orang Melayu.

Turun naik Dato' Onn Jaafar adalah sebahagian daripada sejarah Tanah Melayu selepas Perang Dunia kedua. Walau apapin anggapan terhadapnya, tiada siapa dapat melupakan jasa baktinya kapada parti, Bangsa dan Negara.

Sebagai pejuang dan pendokong keamanan beliau mempunyai pendirian politiknya yang tersendiri. Kepintaran dan kegigihannya tidak ada tolak banding sewaktu beliau berada di mercu politik UMNO dan tanahair.

Hakikat ini diperakui oleh semua. Beliau merupakan seorang tokoh nasionals yang mempunyai keupayaan intelektual yang tinggi walaupun tidak menjejak kaki ke Universiti. Dalam lima tahun yang intensif sewaktu pergolakan politik tanah air paling memucak beliau wujud untuk memegang teraju dan memimpin orang Melayu sekaligus membentuk corak politik yang akan diikuti kemudian hari.

Saat Melayu terumbang ambing
Hadir Dato' Onn untuk Membimbing
walau haluan kini berpaling
jasa baktinya diingat seiring

bersambung

No comments:

Post a Comment