Monday, September 6, 2010

SEJARAH BERMULANYA MELAYU BERSATU ( 11 )

Malayan Union Berkubur Sudah, UMNO Berjuang
Mengorak Langkah
Liku MERDEKA Tidaklah Mudah
KEBIJAKSANAAN SEBAGAI WADAH.


PERSEKUTUAN TANAH MELAYU MENUJU KEMERDEKAAN.

Berkat kesungguhan pemimpin-pemimpin UMNO, Malayan Union berjaya dimansuhkan dan Tanah Melayu di bawa keluar dari menjadi tanah jajahan British. Dengan termenterainya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 prinsip "Ketuanan Melayu telah dapat dikekalkan.

Seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Persekutuan bahawa Kerjaan Persekutuan bertujuan untuk memupuk kemajuan ke arah pemerintahan sendiri di masa hadapan. UMNO tampa melengahkan masa lagi memainkan peranan sebagai pemimpin politik Tanag Melayu dalam gerakan mencapai kemerdekaan.

Disember 1948 - Januari 1949.
Jawatan Perhubungan Kaum ( CLC )

Oleh kerana sebahagian besar anggota Parti Kominis terdiri dari kaum Cina, beberapa pergaduhan perkauman telah berlaku diantara orang - orang Melayu dan Cina. Kerjasama kaum dalam politik merupakan salah satu syarat British untuk memberi kemerdekaan Tanag Melayu.
Permusuhan kaum boleh menggugat keselamatan awam dan menyukarkan kerjaan.

Diatas galakan Sir Malcolm, Dato' Onn telah menjemput seramai 21 orang ketua berbagai kaum berkumpul di rumahnya untuk merundingkan jalan bagi memperbaiki ketegangan kaum. Beberapa siri rundingan menyusul kemudiannya.

Didalam satu pertemuan di Pulau Pinang terbentuklah sebuah Jawatankuasa Perhubungan Kaum (Communities Liason Committee - CLC ). Oleh kerana Dato Onn dan Tan Cheng Lock enggan menjadi Pengerusi, jawatan tersebut diserahkan kapada E.E.C Thuraisingan.

bersambung

No comments:

Post a Comment