Tuesday, September 7, 2010

SEJARAH BERMULANYA MELAYU BERSATU ( 12 )

Januari 1949
ISU KERAKYATAN CADANGAN CLC

CLC Mencadangkan kerakyatan prinsip "jus soli" diguna pakai sebagai dasar kerakyatan Persekutuan manakala tempoh kerakyataan secara permohonan dipendekkan. Syarat kelulusan Bahasa Melayu juga ditiadakan. Kerakyatan secara permohonan bagi anak angkat tempatan yang datang dari luar juga dicadangkan.

KERJAAN PERALIHAN CADANGAN CLC

CLC juga mencadangkan satu Kerjaan peralihan sendiri dilakukan secara beransur - ansur di Tanah Melayu dengan memberikan pengalaman pilihan raya secara berperingkat - peringkat.

SEPTEMBER 1949
PERISYTIHARAN CLC

Satu peristiharan selepas masyuarat di rumah Mac Donald di Johor Baharu telah dikeluarkan, antara lainnya berbunyi:-

1. Hendaklah dibuat satu pertimbangan semula yang rapi terhadap peruntukan kerakyatan
dalam Perlembagaan Persekutuan.
2. Undang-undang hendaklah dibuat bagi mengadakan pemilihan ahli-ahli ke dewan undangan
dalam Persekutuan Tanah Melayu secepat munkin.
3. Pilihan raya hendaklah diadakan bagi majlis-majlis perbandaran dan negeri-negeri yang
bersedia.
4. Bahawa hak-hak mengundi hendaklah dilakukan disemua sekolah kerjaan dan sekolah yang
menerima bantuan.

20 & 21 MEI 1950
CADANGAN CLC DITENTANG DI MAJLIS AGUNG UMNO.

Dato Onn telah membawa cadangan CLC berhubung isu kerakyatan ke Majlis Agung UMNO. Beliau berkata setiap negeri Melayu perlu mengadakan undang-undang kerakyatan secara bertulis bagi membolehkan penduduk dari kaum yang lahir disini menjadi rakyat Raja dan secara tidak lansung menjadi rakyat Persekutuan.

Penduduk bukan Melayu yang layak menjadi rakyat melalui undang-undang ini ialah
1.2 juta Cina, India dan lain-lain kaum 45.000.

Cadangan itu mendapat kecaman hebat perwakilan. Jawatankuasa Kerja Agung UMNO telah mencadangkan pindaan-pindaan kecil kapada cadangan CLC itu, namun tentangan ahli UMNO terhadap Dato'Onn semakin nyata. Beliau dilihat akan melemahkan kedudukan politik orang Melayu dengan pandangan beliau terhadap dasar kerakyatan itu.

bersambung

No comments:

Post a Comment