Friday, October 1, 2010

SEJARAH BERMULANYA MELAYU BERSATU ( 17 )

21 April 1954
Rombongan Merdeka Pertama ke London.

Dalam menjayakan tuntutan UMNO - MCA satu rombongan terdiri dari Tengku Abdul Rahman dan T.H. Tan telah pergi ke London untuk bertemu dengan Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan, Olover Lyttelton.

Orang ramai telah menderma wang ringgit dan barang kemas, termasuklah Tuanku Kursiah, Tengku Ampuan Negeri Sembilan yang telah melucutkan gelang tangan baginda untuk membiayai rombongan itu. Tun Razak yang berada di Amerika Syarikat dipangil untuk menyertai rombongan di London.

Bagaimanapun pertemuan dengan Lyttelton diadakan hanya pada 14 Mei setelah penolakan awal oleh beliau. Lyttelton menegaskan kerjaan British boleh menegaskan 52 orang ahli yang dipilih sahaja ( daripada 98 ) berasaskan persetujuan diantara Pesuurhjaya Tinggi British dan Raja-Raja Melayu.

10 Jun 1954
Surat Kapada Lyttelton.

Tengku kemudian menulis sepucuk surat kapada Lyttelton membentah keputusannta. Lyttelton menegaskan bahawa British tidak akan menghalang pilihan raya tetapi tidak bersetuju ia diadakan dengan segera. Pilihan raya hanya boleh diadakan seawal-awalnya pada tahun 1955.

Jun 1954.
Tentangan Oleh Perikatan.

Satu pertemuan diadakan dengan Pesuruhjaya Tinggi yang baru, Sir Donald Mac Gilivray bagi menyatakan bantahan Perikatan. UMNO - MCA tidak akan berkerjasama lagi dengan Kerjaan. Tun Dr. Ismail dan Tun H.S. Lee akan meletak jawatan dalam Sistem Ahli. Bagitu juga dengan ahli UMNO dan MCA.

1 Julai 1954
Perarakan Bertemu Raja - Raja Melayu.

Dalam masa yang sama UMNO bertindak mengadap Raja-Raja Melayu dengan tujuan meminta sokongan mereka keatas tuntutan agar 60 orang ahli dipilih bagi majlis Undangan Persekutuan. Perarakan pertama UMNO - MCA kerana bertemu dengan Raja-Raja Melayu bermula di johor bagi meminta sokongan mereka.

2 Julai 1954
Rundingan Atas Kapal H.M.S. Alert.

Pertemuan dengan Sultan Johor itu telah membimbangkan pihak British. Pada malam 2 Julai 1954, Tengku telah menemui Pesuruhjaya Tinggi, Sir Donald Mac Gillivray, bersapa Tun Dr. Ismail dan Tun H.S. Lee diatas sebuah kapal perang H.M.S. Alert di Woodland Singapura.

Didalam perundingan yang berlansung berjam-jam lamanya, British menawarkan satu tolak ansur kapada UMNO-MCA. Pihak British akan meminta pandangan parti yang mendapat
majoriti kurisi dalam pilihan raya untuk melantik 5 orang Ahli Majlis Undangan Persekutuan yang diperuntukan kapada Pesuruhjaya Tinggi.

No comments:

Post a Comment