Tuesday, October 5, 2010

SEJARAH BERMULANYA MELAYU BERSATU ( 18 )

7 Julai 1954
Kenyataan Rasmi Kerjaan Persekutuan.

British menyatakan ketegangan pehaknya dengan UMNO- MCA telah berakhir. Ia meminta UMNO-MCA supaya bersabar kerana pilihan raya terpaksa ditangguhkan ke tahun 1955 untuk membuat persiapan.

UMNO-MCA perlu memenangi majoriti kerusi didalam pilihan raya bagi mendapat tambahan 5 kerusi lagi dan menjadikan 57 kerusi kesemuanya. Tengku bersetuju walaupun tawaran berkenaan kurang 3 kerusi dari tuntutan asal.

Tengku dengan berani dan penuh yakin mengambil risiko tersebut dengan sokongan Jawatankuasa Kerja UMNO yang berunding keesokan harinya, memandangkan itulah sebaik-baik tawaran yang dapat diperolehi.

November 1954
MIC Bergabung Dengan Perikatan.

Gerakan menentang kertas putih pilihan raya telah membuka mata MIC untuk berbaik-baik dengan Perikatan UMNO- MCA, Maka Presiden MIC K.L. Dervaser telah mengadakan satu sidang khas bagi mengntahui pendirian ahli-ahli partinya. Hasilnya mejoriti wakil-wakil menyokong penyertaan dalam Perikatan.

Pada April 1955, setelah perundingan yang diadakan dengan UMNO-MCA- MIC diterima dengan rasminya sebagai parti rakan dalam Perikatan. Perikatan kini mewakili 3 kaum terbesar di Tanah Melayu dan menjadikan useha menuntut kemerdekaan lebih lancar.

Mac 1955
Pengumunman Tarikh Pilihan Raya.

Kerjaan mengumumankan tarikh pil;ihan raya pada 27 Julai 1955 dan penamaan calun pada 15 Jun 1955.

bersambung

1 comment: