1 Januari 1956
Ronbongan Kemerdekaan Ke London.
Rombongan Perikatan telah bertolak ke London bagi memohon kemerdekaan untuk Tanah Melayu, Rombongan disertai Oleh:-
Wakil Raja-Raja Melayu.
1. Dato' Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab Abdul Aziz, Menteri Besar Perak.
2. Menteri Besar Selangor, Abdul Aziz Haji Abdul Majid.
3. Timbilan Menteri Besar Johor, Dato' Mohammad Seth bin Muhammad Said
4. Bekas Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Ahmad Kamil Bin Mahmud dan
5. Setiauseha, Abdul Kadir Shamsuddin.
Wakil Parti Perikatan.
1. Tengku Abdul Rahman
2. Dato' Abdul Razak Hussain ( Tun Razak )
3. Kolonel H.S. Lee
4. Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman dan
5. T.H. Tan / Setiauseha.
( Rombongan ke London dari kedua-dua kumpulan wakil Raja-Raja dan wakil Perikatan telah menaiki kapal dari Singapura menuju ke London, singah di India dan menaiki Kapal Terbang dari India ke London. Didalam kapal inilah mereka membincangkan untuk mendapatkan persetujuan Raja-Raja untuk corak pemerentahan negara daripada corak Monarki (Beraja) kapada Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan.
British telah memberi syarat kapada Parti Perikatan, semasa British mengambil negara ini melalui Raja-Raja, oleh itu Perikatan perlu mendapatkan persetujuan Raja-Raja untuk memerentah negara ini,
Didalam perbincangan ini kedua-duanya memberikan persetujuan kapada kepentingan Agama, Bangsa, dan Negara. apabila sampai di london nanti tiada lagi pertelingkahan berhubong dengan persetujuan kemerdekaan.)
bersambung.
No comments:
Post a Comment