Monday, October 11, 2010

SEJARAH BERMULANYA MELAYU BERSATU ( 22 )

18 Januari - 6 Februari 1956

Rundingan Kemerdekaan.



Rundingan Kemerdekaan diantara rombongan Kemerdekaan dan 35 orang wakil pentadbiran British telah berlansung selama hampir 20 hari. Rundingan telah membuahkan hasil apabila kerjaan British bersetuju memberi kemerdekaan Tanag Melayu tampa banyak bertentangan pendapat.



Pada 8 Februari 1956 Termeterai perjanjian diantara rombongan kemerdekaan dan Alan Lennox Boyd, Setiauseha Tanah Jajahan British di Lancaster House. Tarikh 31 Ogos bagi kemerdekaan Tanah Melayu dipersetujui.



DI ATAS RUNTUHAN KOTA MELAKA KITA DIRIKAN NEGARA BARU.



20 Fabruari 1956.

Ketibaan Tengku di Melaka.



Setelah mendarat dilapangan Terbang Kallang, Singapura, rombongan Perikatan terus ke Melaka dan disambut puluhang ribu manusia yang menunggu beliau dilapang terbang Batu Berendam. Tengku diarak dengan barisan pemuda menunggang motosikal ke bandar Hilir.

Tun Ghafar Baba, Ketua UMNO Melaka bertindak sebagai Pengerusi acara sambutan.
Dipadang bandar Hilir Tengku melafazkan perisytaharan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu yang disediakan oleh Pejabat Setiauseha Agong UMNO Ia berbunyai.

TENGKU MEMBACA PERISYTAHARAN KEMERDEKAAN.

Bahawa didalam sejarah menusia tidak ada suatu bangsa pun yang boleh menyalamatkan dirinya jikalau bangsa itu berdiam diri memeluk tubuh selama-lamanya. Sudah semistinya bangsa itu harus memilih suatu antara dua arah maju atau mundur. Ini terserah kapada kesungguhan dan kesedaran bangsa itu menghadapi perubahan-perubahan dan perkembangan-perkembangan. Manakala rakyat itu didalam keadaan berpuas hati dengan taraf dan kedudukan yang ada maka sentiasalah mereka merasa bimbang atas sebarang pekara yang harus membawa perubahan.Mereka akan meresa curiga terhadap sebarang langkah atau sesaorang yang membawa fikiran dan pendapat baru.
Tetapi kerana sejarah manusia adalah sejarah perubahab-perubahan dan kemajuan untuk mencintakan sesuatu yang lebih baik dan sempurna, bangsa yang merasa kepuasan tadi akan tingal semakin jauh ke belakang dan akhirnya hilang lenyap dan hanya akan timbul kembali oleh ahli-ahli sejarah yang akan datang.
Kita adalah satu bangsa yang pernah menikmati kebesaran dan mempunyai pusaka kebangsaan yang gilang gemilang. Sesungguhnya perjalanan sejarah telah menukarkan nasib kita daripada satu bangsa yang merdeka dan agung kapada bangsa yang hina dan terjajah.

Sesungguhnya perjalanan sejarah telah menukarkan nasib kita daripada suatu bangsa yang merdeka dan agung kapada yang hina dan terjajah namun kita masih tetap dapat mempertahankan anugrah-anugrah Tuhan yang berupa kebesaran jiwa, rasa kemulian, keadilan dan semangat yang tidak dipatahkan, sementara kita tertaluk dibawah penjajahan lebih dari empat ratus tahun lamanya. Ketahuulah bahawa kita rakyat Malaya adalah bersatupadu dalam meksud kita mencapai kemerdekaan secara perlembagaan dan pada hari ini maksud kita telah capaikan.

Dengan itu dengan nama Allah maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya atas nama rakyat Malaya Mengisytiharkan bahawa kemerdekaan penuh Persekutuan Tanah Melayu (didalam Komanvel) menurut perjanjian yang telah dicapai di London akan dilaksanakan pada
31 haribulan Ogos 1957. Pohon Allah Izinkan.

SAMBUNG

No comments:

Post a Comment