Tuesday, September 28, 2010

SEJARAH BERMULANYA MELAYU BERSATU ( 15 )

26 & 28 OGOS 1951
Tuanku Abdul Rahman Meneruskan Perjuangan UMNO.

Diatas pujukan dan sokongan Tun Razak, Tengku telah bersetuju untuk bertanding seabagai Yang Dipertua. Tengku Andul Rahaman sebelum ini merupakan Pengerusi UMNO Kedah dan SEBERKAS yang telah pergi ke England pada 1947 untuk menyambung pelajaran.

Didalam pertandingan Majlis Agung UMNO di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, Tengku Merebut Jawatan Yang Dipertua dengan jumlah 57 undi menewaskan C.M.Yusuf, 11 undi dan Hj. Ahmad Fuad 7 unmdi.

2 Disember 1951
Pertemuan Tengku dengan Lyttelton.

Tengku dan rombongan yang terdiri daripada CM Yusof, Tun Razak dan Tun Sardon Jubir telah menemui Oliver Lyttelton, Setiauseha Tanah Jajahan Teluk British di King's House Kuala Lumpur.

Dengan tegas dan berani Tengku mengemukakan perasaan tidak puas hati terhadap beberapa pindaan yang dibuat oleh British yang telah menghilangkan kepercayaan orang Melayu. Di dalam pertemuan itu juga Tengku telah menyatakan cita-cita dan keazaman UMNO untuk mencapai kemerdekaan.

Lyttelton bersikap tidak acoh terhadap luahan Tengku dan lebih bersungguh untuk memulihkan keamanan bagi faedah ekonomi British.

BERMULANYA PENYATUAN MELAYU DENGAN KAUM LAIN ( CINA)

Fabruari 1952
Pilihan Raya Bandaran Kuala Lumpur.

Pakatan UMNO - MCA bermula di Selangor hasil dari kerjasama Dato" Razak Yahya dan
H.S. Lee yang tidak dihalang oleh pucuk pimpinan parti masing-masing semasa Pilihan Raya Bandaran Kuala Lumpur.

Hasil kerjasama tersebut, 9 kerusi dari 12 kerusi yang dipertandingkan telah berjaya dimenangi
Dasar pakatan ini turuti dalam pilihan raya majlis bandaran di Johor, Kedah dan Negeri Sembilan yang telah menyaksikan kemenangan yang besar.

3 Fabruari 1953
Rundingan Meja Bulat UMNO - MCA

Satu siri rundingan berjalan untuk mencari persefahaman dan kerjasama kedua-dua parti tersebut dalam menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Tengku telah meletakkan syarat yang harus menjadi Dasar rundingan iaitu:- MCA hendaklah menerima dan mengiktiraf bahawa negeri ini adalah negeri Melayu, Hak Orang Melayu yang Sebenar dan segala keutamaan terletak kapada orang Melayu dan tidak boleh dipersoalkan lagi. Pehak MCA telah menerima dan mengakui hakikat ini.

bersambung

1 comment: