Friday, September 3, 2010

SEJARAH BERMULANYA MELAYU BERSATU ( 10 )

PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.



21 Januari 1948


Acara Menandatangani Perjanjian Negeri - Negeri dan Persekutuan Tanah Melayu.


Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja - Raja Melayu menandatangani Perjanjian Negeri - Negeri dan Persekutuan Tanah Melayu yang berkuatkuasa pada 1 Fabruari 1948.


1 Fabruari 1948.


Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.


Secara rasmi bermulalah Kerjaan Persekutuan Tanah Melayu dan berkuburlah Malayan Union. Jawatan Gabnor telah bertukar menjadi Pesuruhjaya Tinggi. Dengan itukuasa orang - orang Melayu telah dapat dipulihkan tetapi dengan beberapa perubahan bagi memuatkan kepentingan orang - orang bukan Melayu.


Antara kepentingan Pembentukkan Persekutuan Tanag Melayu ialah:-


1. Persekutuan Tanah Melayu mengandungi 9 buah negeri Melayu iaitu Johor, Negeri Smbilan
Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang dan dua buah Negeri Selat
iaitu Melaka dan Pulau Pinang.


2. Residen British digantikan dengan Menteri Besar, beliau dibantu oleh Setiauseha Kerjaan
Negeri, jawatan ini dikhaskan kapada orang Melayu.


3. Persekutuan Tanah Melayui adalah dibawah tadbir Pesuruhjaya Tinggi dan dibantu oleh
Majlis Kerja Persekutuan, Majlis Masyuarat Undangan, Majlis Masyuarat Negeri terdiri
daripada 9 Menteri Besar dan 2 wakil Pulau Pinang dan Melaka. Orang Melayu mempunyai
lebih bilangan didalam majlis-majlis ini.

4. Raja-Raja Melayu kekal sebagai pemerintah dinegeri masing-masing.

5. Taraf kerakyatan diperketatkan. Permohonan kerakyatan mesti mengankat sumpah taat
setia, berkelakuan baik dan boleh bertutur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan Fasih.

6. Untuk mendapat kerakyatan pemohon mesti lahir di Tanag Melayu dan menetap sekurang-
kurang 15 tahun daripada tempoh 20 tahun sebelum permohonan.

7. Sebaik sahaja keadaan dalam negeri mengizinkan undang-undang akan dibuat bagi
mengadakan pilihan raya.

bersambung.

2 comments:

  1. Tahniah bro........ramai lagi generasi muda Melayu dan bukan Melayu masih buta dengan sejarah ini... mereka telah dibutakan oleh segelintir Melayun yang tamakan kuasa..........

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana mengikuti blog saya,
    Gelombang Rakyat, saya tak dapat nak masukkan kerana blog saudara tiada alamat.

    ReplyDelete