KESIMPULAN.
Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia termasuk Malaysia. Ia penting kerana tampa perpaduan, sebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk di bangunkan dan mudah di ancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri.
Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah menyedarkan kita semua, yakni rakyat Malaysia akan bertapa pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai serta menghindari sifat curiga-mencurigai antara satu sama lain.
Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, bermuhibah tampa mengira kaum serta bersikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Melalui perpaduan akan dapat membantu negara kita mempertingkatkan danmempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik.
SEKIAN.
setuju tuan!
ReplyDelete