sambungan.
OBJEKTIF
Rukun Negara bercita-cita melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik, saintifik dan progresif serta bersatu padu dan bersikap terbuka terhadap pelbagai cara hidup rakyat pelbagai keturunan.
Cita-cita ini akan tercapai apabila objektif Rukun Negara di amalkan oleh setiap rakyat negara ini, Rukun Negara terbahagi kapada dua bahagian.
BAHAGIAN PERTAMA MENGARISKAN OBJEKTIF MASYARAKAT MALAYSIA YANG MAHU DI BENTUK. OBJEKTIF TERSEBUT ADALAH SEBAGAIMANA BERIKUT.
> Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya.
> Memelihara satu cara hidup demokratik.
> Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama
secara adil dan saksama.
> Membentuk satu sikap yang libral terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-
bagai corak.
> Membina sebuah masyarakat progresif yang akan mengunakan sains dan teknologi moden.
1. Mencapai Perpaduan yang Lebih Erat.
Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana ahli -ahli masyarakaynya menganggap diri meraka sebagai rakyat Malaysia tampa memgira kaum dan kepercayaan masing-masing. Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai-bagai persoalan yang ujud.
Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidak seimbangan ekonomi antara kaum. sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan ini, melalui Rukun Negara akan dapat membentuk satu banghsa yang bersatu padu di mana semua rakyat tampa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara.
2. Memelihara Satu Cara Hidup Demokratik.
Pelambagaan Negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Tetapi hak-hak serta kebebasan yang du berikan ini tidak boleh di salahgunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau bagi memusnahkan demokrasi.
Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara, kepentingan bangsa dan negara mestilah di dahulukan. Kepentingan negara handaklah di utamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum atau sesautu tidak, jika hendak, kestabilan dan keselamatan negara akan terancam.
3. Mencipta Satu Masyarakat Yang Adil.
Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara.
Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini jika kekayaan negara di bahagikan adil dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini pehak-pehak yang lemah akan di bantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersain dengan pehak-pehak yang lain yang lebih maju.
Masyarakat adil yang kita cita-citakan itu bebas daripada penindasan sesaorang terhadap yang lain ataupun penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain.
4. Membentuk Satu Sikap Yang Liberal.
Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama. adat resam dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan matalamat perpaduan nagara. Negara kita sesungguhnya mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum.
Walaupun ada perbezaan, semua anggota masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu masyarakat dimana keadaan berlainan kebudayaan itu boleh menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan kapada Bangsa dan Negara Malaysia.
5. Membina Sebuah Masyarakat Progresif.
Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang mencapai kemajuan di bidang sains dan teknolagi selaras dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tampa sempadan dan era globalisasi. Dunia kini sedang menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu cepat dalam bidang ilmu pengtahuan, sains dan teknologi.
Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan merupakan satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya akan menjadikan Malaysia sebuag negara maju sebagaimana matalamat Wawasan 2020.
Teta[pi kemajuan tersebut tidak akan menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada batas-batas agama dan nilai-nilai ketuhanan.
bersambung.
No comments:
Post a Comment