Thursday, January 7, 2010

MENELITI DAN MENGHAYATI RUKUN NEGARA

sambungan.

4. Kedaulatan Undang-undang.

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya disisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kapada Perlembagaan.

Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tampa undang-undang hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang tidak boleh dipersendakan, sebaliknya mesti di hormati dan dipatuhi. Kedaulatan undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.

Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tampa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat.

Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta pekara-pekara sebagaimana yang dijamin oleh PerlembagaanNegara. Hak-hak dan kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidak termasuk hak mengulingkan kerjaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

Kedaulatan undang-undang perlu dipertahankan agar masyarakat dapat terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Kesedaran ini perlu diwujudkan dan dikekalkan dalam pemikiran rakyat negara ini.

bersambung.

2 comments:

  1. Assalamualaikum saudara,

    Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,saya mohon jasa baik saudara untuk letakkan blog saya,

    http://10sibudakhitam.blogspot.com/

    dalam blog list saudara.Blog saudara juga telah saya masukkan dalam list saya agar kita dapat sama-sama berkongsi memartabatkan agama dan bangsa tercinta.

    Saya dengan ini juga secara rasminya menjadi followers blog saudara.

    Dalam memantapkan ukhwah dan merapatkan saf, harapan saya agar dapat kita sama-sama jadi followers blog dan buktikan pengikut kita lebih ramai bersatu-padu dalam menegakkan agama,bangsa dan negara.Tunjukkan inilah generasi maya yang bersatu dalam perjuangan di alam siber.

    Menjadi followers di blog saya di http://10sibudakhitam.blogspot.com, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

    Salam ukhwah dari 10 Si Budak Hitam..Assalamualaikum.

    ReplyDelete