Friday, January 8, 2010

MENGHAYATI DAN MEMAHAMI RUKUN NEGARA

sambungan.

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku sesaorang rakyat.
Tujuannya ialah untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan berssusila selaras dengan kempen BUDI BAHASA DAN NILAI-NILAI MURNI yang telah dijalankan.

Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam kontiks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Sikap bersopan santun dan bersosila patut diamalkan bagi membentuk sesaorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.

Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan sesaorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi satu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara.

Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terplihara dan perkembangan sesuai dengan keperbadian bangsa dan nilai-nilai murni.Kesopanan dan kesusilaan dapat dilihat pada tingkah laku dantutur kata sesaorang .

Bahasa yang lembut dan bersopan santun serta tingkah laku yang baik akan menjamin perhubungan yang hormoni dikalangan masyarakat berbagai kaum di negara ini.

Prinsip ini jika dipraktikkan, akan dapat membentuk sesaorang individu yang berdisiplin dan bermoral yang akan membentuk mewujudkan sebuah masyarakat yang baik, berbudi bahasa, bersopan santun dan bersusila serta dapat mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu.

bersambung.

No comments:

Post a Comment