Tuesday, January 5, 2010

MEMAHAMI DAN MENGHAYATI RUKUN NEGARA

sambungan.

PRINSIP

Bahagian Kedua Mengariskan Lima Prinsip Yang Berikut.

> KEPERCAYAAN KAPADA TUHAN.

> KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA.

> KELUHURAN PERLEMBAGAAN.

> KEDAULATAN UNDANG-UNDANG.

> KESOPANAN DAN KESUSILAN.


1. Kepercayaan Kapada Tuhan.

Bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kapada Tuhan, melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama resmi Persekutuan, tetapi agama-agama lain dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh di amalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap sesaorang warganagara atas alasan agama adalah di larang sama sekali.

Jawatankuasa penggubal Rukun Nagara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kapada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperbadian sesaorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.

Menyedari bertapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara.

Malaysia Mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan Kedudukan Yang Di-Pertuan Agong sebagai saorang Raja mengikut Perlembagaan.

Sistem beraja juga diamalkan setiap negeri, dan Yang Di-Pertuan Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda Raja-Raja dan Yang Di-Pertuan Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.

Kesetiaan kapada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap wargnegara hendaklah menumpukan sepenuhnya taat setia, jujur dan ikhlas kapada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Di peringkat negeri pula, rakyat di kehendaki menumpukan taat setia kapada raja yang memerentah negeri tempat mereka bermastutin tampa mengurang taat setia kapada Yang Di-Pertuan Agong.

Sikap kesetiaan seperti ini merupakan satu nilai yang baik dan boleh menjadi kebangaan kapada negara serta dapat di jadikan ikatan bagi memupuk kecintaan rakyat kapada negara. Kesetiaan yang tidak berbelah bagi kapada raja dan negara juga adalah salah satu faktur yang bnoleh manyatukan rakyat Malaysia.

Sebarang sikap atau pengaruh yang boleh mengalihkan kesetiaan rakyat ke arah negara lain atau rakyat mengabaikan taat setia kapada negara Malaysia dan raja adalah merupakan elemen yang bertentangan sama sekali dengan prinsip Rukun Negara.

bersambung.

1 comment: