Sejarah Pembentukan Rukun Negara.
Kedatangan Inggeris dan dasar imigrasi liberal yang di perkenalkan mereka telah menukar bentuk masyarakat negara ini. Kerjaan Inggeris telah mengalakkan kemasukan tenaga buruh dari negara China, India dan Indonisa untuk berkerja lombong dan estet serta berniaga di bandar.
Di bawah dasar 'Pecah dan Perintah' kerjaan kolonial Inggeris, ketiga-tiga kumpulan etnik ini telah di pisahkan dari segi tempat tinggal dan pekerjaan. Kebanyakan orang Melayu tinggal di desa dan berkerja di sektor pertanian.
Semantara orang Cina tinggal di bandar dan melibatkan diri dalam perniagaan. Orang India pula tinggal dan bekerja di estet-estet, hanya sebilangan kecil sahaja yang tinggal di bandar. Ketiga-tiga kumpulan etnik ini pula di pisahkan dari segi pendidikan dengan mempunyai aliran masing- masing tampa sukatan pelajaran atau kurikulum yang sama, keadaan ini berterusan sehinggalah negara mencapai kemerdekaan pada 31 ogos 1957.
Pada tahun 1956 iaitu setahun sebelum kemerdekaan, kekacauan telah berlaku di Pulau Pinang semasa perayaan pemberian taraf bandar raya kapada Pulau Pinang. Perbalahan yang sama turut berlaku di Pangkor pada 1960, di Bukit Mertajam pada 1966 dan Pulau Pinang sekali lagi pada 1967.
Peristiwa-peristiwa kekacauan ini hanya berlaku secara kecil-kecilan sahaja. Langkah dan useha yang serius hanya di mulakan oleh pehak kerjaan setelah berlaku satu rusuhan kaum yang serius iaitu peristiwa berdaragh 13 Mei 1969.
Akibat dari peristiwa ini kerjaan telah mengambil langkah tegas untuk mencari satu formula bagi mengatasi masalah tersebut supaya tidak berulang lagi. Berikutan itu Majlis Perunding Negara telah di tubuhkan oleh Pengarah MAGERAN di bawah Undang-Undang Darurat yang di wartakan pada 29 Januari 1970.
Anggota- anggota Majlis Perunding Negara terdiri daripada seorang Pengerusi ( Allahyarham Tun Abdul Razak, merangkap Pengarah MAGERAN) tiga orang Menteri ( Allahyrham Tun Dr. Ismail, Mendiang Tun Siew Sin dan Mendiang V.T. Sambantan). Wakil-wakil Kerjaan Negeri dan wakil-wakil parti politik.
Majlis ini juga mempunyai wakil-wakil dari kalangan tokoh agama, badan-badan profesional, persatuan guru-guru dan wakil-wakil kumpulan kecil.
Masyuarat pertama telah diadakan pada 27 Januari 1970 yang di pengerusikan oleh pengarah MAGRAN Alahyarham Tun Abdul Razak, setelah berbincang serta mengkaji sedalam-dalamnya selama beberapa bulan, Majlis Perunding Negara tersebut telah merumuskan supaya satu ideologi negara yang mampu mengatasi garis pemisah antara kaum perlu adakan di negara ini.
Berasaskan keputusan tersebut maka lahirlah RUKUN NEGARA yang telah diisytiharkan oleh Yang Di Pertuan Agong ke Empat pada 31 Ogas 1970 sempena ulang tahun ke 13 kemerdekaan Negara.
bersambung.
No comments:
Post a Comment