Tuesday, December 22, 2009

Peranan Umno Kapada Islam, Orang Melayu Dan Nrgara Malaysia

BAB 2

UMNO DAN ORANG MELAYU.

Perjuangan UMNO pula adalah berlandaskan orang Melayu yang sudah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Mengikut definasi orang melayu adalah pertama sekali beragama Islam, mengikut adat resam kebudayaan melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu.

Tidak disebut dalam perlembagaan tentang warna kulit dan rupa orang melayu, sebab itulah bila sebut Melayu warnanya dari seputuh-putih manusia sehingga sehitam-hitan manusia.

Asas perjuangan adalah orang Melayu yang bermaksud orang Islam di Malaysia, oleh itu dalam memperjuangkan hak-hak orang Melayu di Malaysia bermaana memertabatkan agama Islam yang juga menjadi agama rasmi Negara ( Persekutuan).

Bila sudah masuk dalam era pembangunan yang melibatkan politik , Negara, ekonomi dan pendidikan, pemimpin-pemimpin UMNO kadang kala lupa tentang Islam, keimanan dan nilai- nilai murni yang di bawa kedalam kehidupan mereka.

Oleh itu di kalangan ahli UMNO di lihat kurang beragama berbanding dengan pemimpin Pas, walhal dalam keadaan sebenar pekara ini adalah tidak tepat.

Membezakan agama daripada kehihupan orang melayu akan membawa parah kapada agama, orang Melayu dan Negara Malaysia sendiri, itu pembangunan rohani dan jasmani adalah merupakan jawapan terbaik dalam pembangunan sesebuah negara, inilah yang menjadi teras pembangunan orang Melayu melalui UMNO selama ini dan asas ini memang telah di terima oleh rakyat berbilang kaum dalam Negara majmuk ini.

Oleh sebab itu ketelusan keadilan dan keikhlasan pemimpin amat penting untuk memastikan perhubungan yang agak rapuh ini boleh bertahan lama . Jika tidak di pupuk di bendung dengan baik, maka risiko pergaduhan amatlah tinggi di kalangan mereka.

Orang UMNO dan melayu faham akan stiusa ini tertapi masih lagi bertindak sebaliknya. Ini semua akan mengundang kegelisahan di kalangan rakyat dan boleh menyebabkan berlaku pergaduhan antara kaum.

Tindakan pemimpin UMNO dan kerjaan dalam menangani keadaan semasa amat kritikal untuk memastikan keadaan tidak menjadi lebih meruncing lagi yang akan merugikan semua pehak.

UMNOlah selama ini mempertahankan hak-hak orang Melayu dan perlu meneruskan useha-useha ini secara berterusan. Masalah sekarang adakah orang Melayu masih percaya dan yakin kapada UMNO untuk membantu mereka dan anak cucu mereka, adakah pemimpin-pemimpin UMNO sekarang ini benar-benar jujur berjuang untuk mereka atau hanya untuk diri sendiri, adakah UMNO ketika ini lebih baik dari PAS dan PKR untuk membela nasib mereka ?.

Adakah orang Melayu membuat pilihan lain dek kerana perbuatan segelintir pemimpin UMNO yang ada sekarang.

Ini semua perlu dijawab oleh ahli MT UMNO dan keseluruhan Ahli UMNO bagi memastikan mereka masih releven di mata orang Melayu atau akan di pinggirkan oleh orang Melayu sendiri.

No comments:

Post a Comment