Tuesday, December 15, 2009

DOSA-DOSA ANWAR DALAM UMNO DAN KERJAAN

Anwarlah yang memulakan politik wang untuk bertanding ketua Pemuda dengan sokongan kuat dari pemimpin Umno sendiri. Gerakan yang dilakukan telah menunjukkan kapada UMNO yang beliau begitu hebat sekali.

Daripada ketua Pemuda, Anwar naik kapada Naib Presiden dan akhirnya Timbilan Presiden UMNO satu langkah sahaja untuk menjadi Perdana Mernteri.

Anwar memberi imbuhan kapada ketua-ketua Bahagian terpilih, Ketua-ketua Pemuda dan ketua-ketua wanita untuk memastikan kedudukan beliau tidak teergugat pada masa itu. Nasib baik Putri UMNO masih belum tertubuh lagi pada masa itu, kalau tidak sudah pasti beliau akan membuat pemilihan beliau tersendiri pula.

Anwar pastikan kedudukan beliau dengan menyusun atur setiauseha politik menteri adalah daripada orang-orang beliau yang akan memberi laporan mengenai kegiatan kesemua menteri- menteri. Beliau meletakkan pegawai-pegawai khas kapada menteri dan timbilan menteri untuk memastikan laluan beliau teratur.

Anwar menyatakan kapada orang Umno bahawa beliau tidak akan melawan Timbilan Presiden UMNO Ghaffar Baba, tetapi dalam masa yang sama menyarankan kapada ketua-ketua bahagian untuk mencalunkan beliau bagi jawatan Timbilan Presiden.

Apabila pencalunan telah dibuat ternyata Anwar telah mendapat kelebihan tiga kali ganda lebih banyak, dimasa yang sama Anwar mengunakan orang dalam beliau yang menjadi Pegawa Khas Ghaffar Baba untuk menenangkan bosnya yang Anwar tidak akan bertanding, jadi tak perlulah buat apa-apa kecoh-kacoh sangat.

Ghaffar Baba letak penoh kepercayaan kapada pegawai Khasnya sahingga masih menyangka disaat akhir yang Anwar tidak akan menenteng beliau. Anwar kemudian berlakun dengan menyatakan ini adalah kehendak ahli bukan kehendak beliau.

Akhirnya Ghaffar Baba keluar dari pejabat Perdana Menteri dengan membawa beg plastik, satu keadaan yang menyedihkan kapada pemimpin akar umbi UMNO.

Mengapa dan bagaimana keadaan ini boleh berlaku sedemekian ?. Ianya hanya boleh berlaku kerana mendapat ehsan kepimpinan Umno sendiri, tidak lebih dari itu.

Akan bersambung.

No comments:

Post a Comment