sambungan.
BAB 3
UMNO Dan PAS Jangan Sampai Jadi Macam HAMAS dan FATAH
Dalam dunia masa kini, manusia berperang di sebabkan oleh 5 faktur utama yang perlu diteliti satu persatu.
Pertama, perbezaan agama yang telah menyebabkan Negara-negara Islam berperang dengan orang-orang kafir atau mana-mana agama lain, ini sudah menjadi lumrah masa kini, peperangan yang berlaku di Afghanistan, Palestin, Iraq, Selatan Thailand dan Pakistan.
Kedua, peperangan juga boleh berlaku apabila perbezaan warna kulit antara manusia. Yang warna hitam marah yang warna putih dan sebaliknya sahingga tercetusnya peperangan di Afrika
Selatan dan Amerika Salatan.
Faktur Ketiga adalah perbezaan bahasa dan budaya yang berlaku di antara India dan Sri Lanka dan Negara-negara Timur Tengah.
Faktur keempat adalah perbezaan ideologi dan fahaman politik yang sering berlaku pada masa kini daripada sebuah Negara komunis kapada ala demokrasi yang di perlihatkan lebih adil dan saksama tetapi tidak sepatutnya sedemikian.
Faktur kelima terjadi peperangan adalah kerana kurang kefahaman mengeni agama dan berlaku
pertelingkahan sesama sendiri seperti yang berlaku di Palestin. Di Palestin terdapat dua kuasa besar Hamas dan Fatah yang masing-masing di katakan memperjuangkan Islam dan Tanah Air dari di jajah oleh Yahudi.
Kedua-dua parti politik ini telah bertempur, bergaduh dan mengharungi pilihanraya bersama-sama. Kadang kala Hamas menang, kadang kala Fatah yang menang tetapi kaitan antara mereka sudah jauh walaupun mengaku saudara Islam.
Apabila berkuasa, maka masing-masing telah pun menjalin perhubungan dengan Neagara-negara jiran yang juga Negara Islam dan ikatan ini tidak putus walaupun sudah tidak lagi berkuasa.
Apabila bumi Gaza, Palestin di serang dan di bom oleh tentera Yahudi, Negara-negara jiran yang beragama Islam menghadapi masalah untuk angkat tangan menolong saudara Islam kerana akan membantu parti lawan yang tidak mesra dengan mereka. Kalau di tolong dan menang , mereka munkin akan menyerang kita semula, jadi kita lihat dan tunggu sahaja.
Pertelingkahan UMNO dan PAS masih belum sampai ke tehap tersebut kerana masih belum berlaku pembunuhan atau pergaduhan yang serius hingga menyebabkan kematian antara kedua-dua pehak tetapi bunga-bunga telah mula berputik kerana terlalu taksub dan bertindak mengikut emosi. Ini permasalahan besar yang mesti di tangani oleh pemimpin UMNO dan PAS untuk memastikan Negara kita tidak tergugat.
Yang membezakan kita dengan Palestin juga cukup jelas. Di tanah Palestin, jika Hamas dan Fatah bertempur, rakyat mati tetapi yang akan kekal adalah orang Arab Palestin juga. Di Malaysia sekiranya berlaku pergaduhan besar antara UMNO dan PAS dan yang kini PKR pula, yang akan menang sudah pasti bukan di kalangan orang Melayu dan Islam.
TAKKAN KITA NAK HIDUP MEREMPAT DI DALAM NEGARA SENDIRI AKIBAT PERBUATAN KITA SENDIRI.
Tepuk Dada tanya Iman.
SEKIAN
No comments:
Post a Comment