Monday, February 1, 2010

Utusan Malaysia 9.Mei 1986

Dato Asri : Bahaya timpa agama jika pemimpin PAS menang pilihanraya.

Bekas Yang Di Pertua Agung PAS, Dato' Hj. Asri Muda memberi amaran bahaya akan menimpa agama, bangsa dan negara jika pemimpin-pemimpin PAS yang ada sekarang memenangi kerusi dalam pilihanraya dengan mengabaikan perpaduan umat Islam.

Bekas Yang Di Pertua Agung Pas itu berkata nasib bangsa dan agama Islam di negara ini akan hancor sekiranya mereka lebih mementingkan kemenangan dalam pilihanraya tampa menghiraukan perpaduan orang Melayu dan kepentingan Agama Islam.

Beliau berkata pada majlis ceramah disini malam tadi bahawa beliau sedih kerana aliran pejuang PAS oleh kerana pemimpin-peminpinnya sekarang juga menyelewing dari landasan asal yang telah ditetapkan semasa beliau menerajui PAS.

Katanya PAS di bawah pimpinannya dahulu sentiasa beruseha mengukuhkan perpaduan orang Melayu dan umat Islam dengan menggabungkan diri dengan Barisan Nasional, tapi sekarang pejuangan PAS memisah dan memecah belahkan orang Melayu sendiri.

Seratah.

Pandangan Allahyaraham Dato' Asri pada tahun 1886 itu, hari ini bertambah parah perjuangan PAS sahingga sangup mengsetarafkan Islam dengan agam lain sebab itu Nik Aziz bersetuju dengan pengunaan nama Allah untuk agama Kristrian.

Hari ini perpecahan di kalangan orang-orang Melayu/Islam lebih ketara berbanding keadaan sebelumnya. Perpecahan ini berlaku tidak lain tidak bukan adalah berpunca daripada perjuangan PAS yang lebih mengutamakan kemenangan dalam pilihanraya daripada kepentingan masa depan bangsa dan agama.

Oleh itu kita sebagai umat Melayu/Islam harus meneliti perjuangan PAS secara mendalam, di sampin memikirkan apa akan terjadi kapada bangsa dan agama Islam yang kita anuti ini, sekiranya membiarkan PAS memainkan peranan sebagai duri dalam daging kapada bangsa Melayu dan Agama Islam.

No comments:

Post a Comment