Thursday, February 4, 2010

PAS PARTI PENIPU (sambungan 2 )

Perjuangan PAS Dalam Menghadapi Pilihan Raya


Setelah Pas didaftarkan secara rasminya sebagai sebuah pertubuhan politik, maka PAS telah menyertai pilihan raya 1955, untuk memilih 52 orang wakil menganggotai Majlis Undangan Persekutuan Tanah Melayu. Dalam pilihan raya tersebut Pas bersama sekutunya parti-parti pembangkang termasuk Bebas meletakkan calun hampir kesemua kawasan, sementara PAS sendiri meletakkan calunnya disebelas kawasan.

Tujuan PAS berbuat demekian semata-mata untuk melemahkan UMNO/Perikatan terutama dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Justeru itu semua kempen pilihan raya 1955 itu diadakan banyak isu-isu berhubung dengan perjuangan UMNO untuk menuntut Kemerdekaan dibangkitkan oleh pehak-pehak yang menyokong PAS.

Parti-parti pembangkang mendawa bahawa terlalu awal untuk Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Timbullah juga kata-kata seperti orang Melayu usahkan untuk mentadbir Negara untuk menebuk lubang jarum pun belum lagi mampu.

Disini jelas menunjukkan bahawa PAS adalah sebuah paeri politik yang secara tidak lansung menentang UMNI/Perikatan yang berjuang untuk menuntut kemerdekaan dan sanggup pula bersekongkol dengan pehak penjajah British semata-mata untuk kepentingan politik, selain untuk melepaskan perasaan benci terhadap UMNO.

Walaubagaimanapun di atas sokongan rakyat khasnya orang-orang Melayu, UMNO/Perikatan menang besar dalam pilihan raya tersebut dengan memperolehi 51 daripada 52 kerusi yang di pertandingkan, sekiranya UMNO/Perikatan kalah di sebelas kawasan yang dipertandingkan oleh PAS itu, sudah pasti amat sukar bagi UMNO/Perikatan untuk mengadakan rundingan dengan pihak British bagi menuntut kemerdekaan. Kerana pihak British tidak akan bersedia mengadakan rundingan sekiranya UMNO/Perikatan tidak mendapat sokongan sebaik-baiknya daripada rakyat.

bersambung.

No comments:

Post a Comment