Friday, February 5, 2010

PAS PARTI PENIPU ( Sambungan 3 )

Pejuangan PAS Dalam Menghadapi Pilihan Raya.


Bermula dengan penglibitan PAS dalam pilihan umun 1955 inilah maka PAS tidak pernah melepaskan peluang bagi menyertai pilihan raya- pilihan raya seterusnya, kerana mereka menyedari bahawa tidak ada jalan lain untuk menjatuhkan UMNO melainkan menerusi pilihan raya.

Atas tujuan inilah pemimpin dan ahli-ahli PAS setiap kali menjelang pilihan raya mereka berhempas pulas menyebarkan dakyah dan mengandakan kempen di merata-rata tempat untuk menarik masyarakat supaya menyokongnya.

Banyak isu-isu dan tuduhan yang kotor dan ganas telah di tujukan kapada UMNO seperti UMNO "thoghut" , UMNO munafik, UMNO kafir, UMNO parti asabiah, UMNO hendak menghapuskan Islam, UMNO menghalang pelaksanaan hukum hudud" dan sebagainya. Tuduhan-tuduhan tersebut semata-mata bertujuan untuk melemahkan sokongan orang-orang Melayu/Islam terhadap UMNO.

Selain tuduhan-tuduhan ganas terhadap UMNO, PAS juga memperalatkan Islam melebihi batas-batas keimanan, sahingga ramai dikalangan orang-orang Islam terpesong akidah mereka. Ada yang menganggap Islam itu PAS dan PAS itu Islam, sesiapa yang tidak menyokong PAS bererti mereka tidak menyokong Islam.

Haji Hadi sendiri semasa berceramah di jertih, Terengganu pada 30 julai 1986 secara terang-terang menyatakan PAS itu merupakan parti Allah kerana ia bermatalamatkan perjuangan menegakkan negara Islam dan meletakkan hadis dan Al- Quran sebagai perlembagaan negara.

Semasa pilihan raya umum 1959, dengan mengunakan tipu helah politik bersandarkan agama, Pas telah berjaya menjatuhkan UMNO di Kelantan dan Terangganu. PAS memperolehi 25 kerusi daripada 27 kerusi Dewan Undangan Negeri di Kelantan, manakala di Terangganu 13 kerusi daripada 24 kerusi.

PAS dapat memerentah selama lebihkurang 18 tahun di Kelantan, sementara di Terangganu hanya lebih kurang 2 tahun sahaja, kerana 2 orang wakil rakyat PAS keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO.

bersambung

1 comment:

  1. Salam ziarah,

    Sekarang masa bekerja untuk DS Dr. Zambry dan barisan Exconya.

    Utamakan rakyaat bukan berpolitik X sudah2 mcm Pakatan....


    Mohon Tuan publish kan blog kawan; http://bumiyang.blogspot.com di blog tuan

    ReplyDelete