Wednesday, February 3, 2010

PAS PARTI PENIPU (sambungan)

Latarbelakang Kelahiran PAS.

Ekoran daripada perasaan tidak puas hati inilah dalam perhimpunan Persatuan Islam SeMalaya (PAS) untuk membincangkan Rang undang-undang tubuh persatuan itu pada
24 November 1951, di Butterwoth, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Tuan Haji Ahmad Fuad dan penyokong-penyokongnya mengambil kesempetan merubah haluan PAS dari sebuah persatuan untuk membantu UMNO dalam mengembangkan Islam kapada sebuah pertubuhan politik yang menentang UMNO dan Tuan Hj. Ahmad Fuad sendiri dipilih sebagai yang Dipetua Pas yang pertama.

Setelah PAS ditubuhankan sebagai sebuah pertubuhan politik, pehak penjajah British telah memberikan banyak ruang kemudahan kapada PAS untuk bergerak menentang UMNO, kerana dengan penentangan PAS itu bererti umat Melayu/Islam dengan sendirinya akan berpecah dan secara tidak lansong akan melemahkan perjuangan UMNO untuk kemerdekaan.

Jasteru itu selama kira-kira empat tahun PAS menjalankan aktiviti politik, pehak penjajah British telah membiarkan PAS bergerak tampa permit. Kemudian setelah beberapa hari sahaja sebelum menjelang pilihan raya 1955, barulah PAS didaftarkan dengan rasminya bagi membolehkan ia menyertai pilihan raya tersebut.

bersambung



No comments:

Post a Comment