Thursday, December 2, 2010

PAKATAN PEMBANGKANG

PAS Tak Yakin Diri Sediri.



Dalam pakatan pembangkang yang terdiri dari PAS, DAP, PKR, mengikut sejarah parti tersebut PAS merupakan parti yang tertua di ikuti oleh DAP, Keadilan hanya berumur setahun jagung, dan kita tengoklah kekecohan yang berlaku dalam masyuarat rantingnya di beberapa tempat.



PAS yang di tubuhkan pada tahun 1951 bererti sudah berusia 59 tahun, sepatutnya PAS yang menjadi ketua kapada pakatan ini, tertapi sebaliknya diserahkan kapada PKR yang baru berusia 12 tahun, kalau usia itu bererti baru tahun enam sekolah baru ambil UPSR, sedang PAS dah lama lulus Univasiti.

Pas sudah melalui 13 kali pilihan raya termasuk pilihan raya pra kemerdekaan tahun 1955, PKR baru 3 kali iaitu 1999, 2004, 2008, Pas kena bertegas dalam hal ini jangan biarkan kepala di pijak, tengok tiba-tiba saja Anwar menawarkan DAP jadi TPM kalau menang nanti.

Seolah-olah Pas tidak menyumbang ke arah kejayaan, sebab itu lah Pas diangap hanya penumpang sahaja, oleh itu sedarlah ahli dan penyokong PAS, kembalilah bersama UMNO untuk menentukan masa depan Agama Bangsa dan Negara ini.

Pekara ini bukan tak pernah terjadi sebelum ini pada tahun 1972 PAS telah menyertai BN dan Pilihan Raya 1974 PAS bersama BN, menang semua, 14 bertanding. PAS keluar dari BN bukan kerana BN tolak PAS tetapi kerana PAS sendiri yang keluar BN, dengan alasan UMNO membentu penubuhan BERJASA, sedangkan itu masalah orang Kelantan sama Kelantan kenapa
hendak kaitkan keseluruhan UMNO itu.

Dalam hal hari ini seratah berpendapat ada baik dan inilah masanya untuk kita bercantum semula, Anwar memang mengharapkan PAS membantunya untu ke Putrajaya, dan untuk menghapuskan dalam makamah tentang moralnya (liwat) sebab itu ia beria-ia benar, kalau PAS menyokongnya bererti PAS bersubhat sama dalam menghapuskan tuduhannya, setakat ini dia tak mahu bersumpah di dalam masjid dan memegang Quran menyatakan dia tidak melakukankan pekara sumbang itu.

Kita boleh berfikir kenapa dia Anwar tak mahu bersumpah, Nik Aziz sudah terperangkap dengan Anwar kerana Anwar menolong Nik Aziz dalam membantu kewangan semasa pilihan raya bagi negeri Kelantan yang lalu, dan suara Nik Aziz memutuskan sama ada bersetuju atau tidak, Anwar hanya jaga Nik Aziz sahaja supaya bermati-matian menyokongnya.

Sekarang ini pula sudah tidak mahu mempertahankan melayu lagi, segala apa yang ada pada melayu akan diberi sama rata,sebab dia melaoungkan KETUANAN RAKYAT. Ketuanan Rakyat adalah selogan Kominis semasa DARURAT dulu 1948 hingga 1963 dan samapi kominis letak senjata 1982 di Thailend, itulah selogan KOMINIS, Anwar seolah-olah secara halus meniup kembali semangat kominis, kerana dia tau semasa kominis letak senjata dulu ahli yang ramai didalam negara ini sebahagiannya menyertai DAP, sebab itu suara DAP suara Kominis. dan yang lain-lain sebagai atas pagar, dengan terdengar semula aselogan ini maka semangat nya hidup semula untuk memerantah negara ini melaluai penyatuan orang cina seluruh negara.

ALLAH HUAKBAR.

No comments:

Post a Comment