Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra, Presiden UMNO ke- 2.
Orang-orang Melayu sedia beri hak-hak yang manasabah dan patut kapada orang-orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberi pengorbanan yang banyak daripada hak-hak sebagai Bumiputra Tanah Melayu kapada bangsa-bangsa yang bukan Melayu.
Belum ada satu anak negeri yang telah berbudi bagitu banyak seperti yang telah diperbuat oleh orang Melayu. Sungguhpun ada jaminan hak-hak Melayu dalam perjanjian Persekutuan tetapi ini tidak sekali-kali mencegah atau menyekat bangsa-bangsa bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kekayaan dan lagi hingga sekarang hak-hak istimewa itu belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf diantara orang Melayu dangan bukan Melayu.
(UMNO, Malayan Merdeka, 26/4/1956.
Sudah hampir 55 tahun, apa yang diperkatakan oleh Tengku Abdul Rahman mantan Perdana Menteri pertama, kaum lain apa bila ia mendapat haknya sebagai kerakyatan dengan serta-merta mereka memperolihinya, tapi bagi orang Melayu walau diberi Hak-hak nya sahingga hari ini empat pekara itu masih tidak mencapai kejayaan.
Cuma yang agak mencapainya hanyalah pekara 181 Kedudukan Raja-raja Melayu, itu pun di gangugugat sahingga ada yang membawa kemakamah kerana tidak bersetuju apabila Sultan Perak tidak menerima bukan Melayu menjadi Menteri Besar.
Pekara (3) Agama Islam Agama Persekutuan, juga di persenda oleh bukan Melayu, dan ada oeang Melayu sendiri sudah tidak menghormati Agamanya sendiri , bersetuju dengan cadangan oleh majlis peguam malaysia untuk menubuhkan IFC yang berfungsi seperti badan berkanun untuk menyalaraskan badan-badan agama yang berada dinegara ini, bererti Islam disamakan dengan agama-agama lain dan dipertikaikan keputusan yang dikeluarkan oleh pentadbir makamah Islam. itu pun ada orang Melayu tak nampak lagi dan masih bersekongkol dengan mereka yang terang-terang memusuhi Islam.
Pekara 152 Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, sahingga kini pekara ini tidak selesai pengunaan bahasa tidak menyeluruh, yang berjaya hanyalah memansuhkan pegunaan bahasa inggeris mengajar sains dan matematik, dipandang satu sudut memang bagus kerana hendak memertabatkan bahasa Melayu, pejuang-pejuang Bahasa menepok dada diatas kejayaan mereka mendesak kerjaan menarik balik pengunaan bahasa Inggeris.
Tetapi sejauh mana mereka menerbitkan buku-buku untuk penuntut di IPT/IPTS. Kebanyakan buku yang ada di IPT/IPTS semuanya bahasa Inggeris kerana buku-buku itu datang dari luar negara. adakah mereka perjuang bahasa ini menjadi pentejemahnya ?. tidak juga, jadi apa kejayaan mereka, cuma berjaya menyusahkan penuntut melayu di IPT.
Rata-rata penuntut melayu lebih mudah mengunakan buku dalam bahasa inggeris, kerana apabila ditejemahkan, betul tapi tidak berapa tepat pada maksudnya, sebab itu anak melayu tidak banyak yang dapat cemerlang. dapat A tapi bangsa lain A+.
Pejuang bahasa hanya mengeluarkan buku-buku sastera sahaja.?????.
Pekara 153 Hak Istimewa orang Melayu.
Pekara ini sangat panjang untuk diperkatakan seratah akan sambung bila ada masa.
wasalam.
No comments:
Post a Comment