Friday, October 15, 2010

SEJARAH BERMULANYA MELAYU BERSATU ( 23 )

MAC 1956.
Suruhanjaya Reid.

Berikutan persetujuan di London sebuah suruhanjaya Bebas yang diketuai oleh Lord Ried dibantuk bagi menyediakan deraf perlembagaan Tanah Melayu merdeka. Anggota-anggota Suruhanjaya yang lain termasuk Ivor Jennings sebagai wakil British, Sir William Mc Kell wakil Australia, B. Malik wakil India dan Hakim Abdul Hamid wakil Pakistan.

27 September 1956
Memorandum Perikatan.

Sebagai cadangan kapada Suruhanjaya Reid, Perikatan secara bersama mengemukakan satu memorandum yang mengandungi pekara-pekara berikut.

* Pemberian sejumlah jawatan berpatutan kapada orang-orang Melayu dalam pentadbiran
awam, permit perniagaan, biasiswa Kerjaan untuk pendidikan dan lain-lain faedah.

* Bahasa Melayu dan Inggeris diterima sebagai bahasa rasmi, Islam sebagai agama rasmi
tampa menyekat kebebasan beragama lain.

* Prinsip Jus soli bagi kerakyatan untuk mereka yang lahir selapas merdeka ditetapkan.

* Bukan rakyat berumur 18 tahun keatas, tetapi lahir didalam negara dan telah menetap
selama 5 daripada 7 tahun yang berakhir diterima menjadi rakyat tetapi mesti boleh
bertutur bahasa Melayu. Mereka yang lahir diluar negara boleh memohon menjadi rakyat
jika telah bermastautin selama 8 tahun dari 12 tahun yang berakhir.

* Memorandum ini telah diserah kapada Suruhanjaya Reid. Selain memorandum Perikatan
130 memorandum lain turut dihantar oleh persatuan-persatuan, parti-parti politik orang
persaorangan.

7 Februari 1957
Syor-Syor Suruhanjaya Reid.

Syor-syor Suruhanjaya telah disebarkan kapada umum dengan sebahagian besar kandungan diambil dari memorandum Perikatan. Orang Melayu khasnya menyatakan tentangan dalam pekara-pekara seperti berikut.

1. Dasar Jus soli kapad semua rakyat yang lahir selepas merdeka.

2. Kedudukan istimewa Melayu yang dihadkan kapada 15 tahun.

3. Perlaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan selepas 10 tahun.

Manakala orang-orang bukan Melayu pula di kalangan Cina di luar MCA mahukan Bahasa Cina sebagai bahasa rasmi dan sekolah cina sebagai sekolah Kebangsaan.

28 Mac 1957.

Bagi membincangkan laporan Suruhanjaya Reid yang setengah cadangannya membelakangkan kepentingan orang-orang Melayu, pucuk pimpinan parti telah mengambil kira pandangan-pandangan mereka itu dan membawanya kapada Jawatankuasa kerja (working party) yang dibentuk oleh Kerjaan.

9 Mei 1957
Rombongan ke London Kali Ketiga.

Bagi menyatakan tentangan-tentangan terhadap syor-syor Suruhanjaya Reid, Tengku telah berlepas sekali lagi ke London bersama Tun Abdul Razak, Ong Yoke Lin, VT Sambantan dan wakil Raja-Raja Melayu untuk rundingan kemerdekaan yang terakhir dengan kerjaan British.

Beberapa pindaan telah dibuat demi membantu mengemaskan Rang Undang-undang Perlembagaan yang memuaskan hati sebilangan terbesar rakyat, antara pindaan yang dibuat:-

1. Tiada had 15 tahun bagi hak-hak istimewa orang Melayu.
2. Demi perpaduan kelongaran selama satu tahun selepas merdeka bagi orang bukan Melayu untuk memohon menjadi rakyat tampa syarat pengtahuan Bahasa Melayu diberikan.

5 Ogos 1957
Perjanjian Kemerdekaan.

Perjanjian kemerdekaan ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu pada 5 Ogos 1957 di King's
House Kalau Lumpur.

Watikah Pemasyhuran Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Istiadat Pemasyhuaran Kemerdekaan telah diadakan di Stadium Merdeka. Tengku Telah membecakan Perisytiharan Kemerdekaan yang berbunyi :-

Bahawasanya oelh kerana telah tiba masanya bagi Persekutuan Tanah Melayu mencapai taraf suatu tangan yang merdeka dan berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa di seluruh dunia.

Maka Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Mengasihi Saya Memasyhurkan Dan Mengisytiharan bagi pihak Umat Persekutuan Tanag Melayu Bahawa Mulai 31 Ogos 1957 Persekutuan Tanah Melayu. Aakn Kekal Menjadi Sebuah Negara Demokrasi Yang Merdeka
dan Berdaulat Serta Berdasarkan Kapada Kebebasan dan Keadilan dan Sentiasa dan Mengutamakan Kesejahteraan dan Kesetiaan Rakyat.

" MASING-MASING MAHULAH SEDAR DIATAS TANGGUNGAN
MASING-MASING,
KERANA HENDAK MENCAPAI KEMERDEKAAN SENANG LAGI
DARIPADA HENDAK
MENGEKALKAN KEMERDEKAAN APABILA TELAH TERCAPAI"

- PESANAN YTM TENGKU ABDUL RAHMAN
PUTRA AL-HAJ -

SEKIAN TERIMAKASIH.


1 comment:

  1. tuan, tolong list/link blog http://melayurayadaily.blogspot.com. Terima kasih. teruskan perjuangan.

    ReplyDelete