Thursday, September 10, 2009

ORANG MELAYU MENOLAK MALAYEN UNION (sambungan)

Cadangan Malayen Union telah menerima tentangan hebat daripada orang-orang Melayu kerana mereka tidak puas hati mengenai babarapa pekara dasar yang dirasakan sangat penting.

Pemberian taraf kewarganegaraan dengan hak yang sama tidak dapat di terima oleh orang Melayu kerana pekara ini akan menamatkan hak dan kedudukan istimewa orang-orang Melayu.
Cadangan ini juga di tolak kerana ia akan menghilangkan taraf dan martabat Raja-Raja Melayu dan sebaliknya segala kuasa pemerentahan akan dipegang oleh Gabnor Inggeris yang mengetuai Malayen Union.

Cara pehak Inggeris mendapatkan persetujuan Raja-Raja Melayu bagi perjanjian Malayan Union juga dipertikaikan sebagai tidak sah kerana dibuat secara paksa dan tipu muslihat.
Pehak Inggeris telah berjumpa Raja-Raja Melayu pada:

Sultan Johor 20 Oktober 1945.
Sultan Pahang 2 November 1945
Yang Di Pertuan N.S 14 November 1945
Sultan Perak 22 November 1945
Sultan Selangor 24 November 1945
Sultan Kedah 2 Disember 1945
Raja Perlis 12 Disember 1945
Sultan Kelantan 17 Disember 1945
Sultan Trengganu 21 Disember 1945


Malahan rancangan Malayen Union itu sendiri ditentang keras oleh bekas pegawai-pegawai tinggi Inggeris yang pernah perkhidmat di Tanah Melayu. Namun bagitu kerjaanInggeris tetap berdegil dan akhirnya pada 1 April 1946 Malayen Union dikuatkuasakan dalam keadaan tidak puas hati dan tentangan daripada Raja-Raja dan orang-orang Melayu.

1 comment:

  1. Salam Bro Seratah,

    Satu pengupasan sejarah yang sangat menarik dari anda. Bagaiman Datuk Onn yang bakal menjadi PM Malaysia pertama, tiba-tiba Tunku pula yang menggantinya. Dima Tunku masa Datuk Onn menuntut kemerdekaan.

    Banyak cerita yang tersirat tidak didedahkan saya rasa.

    ReplyDelete