PUNCA KEMISKINAN ORANG MELAYU
- Kritikan Za'ba -
Za'ba atau Prof. Pendeta Tan Sri Zainal Abidin Bin Ahmad ( 1895 - 1973 ) saorang tokoh besar yang tersohor didalam tradisi pemikiran Islam dan persuratan Melayu.
Tokoh Bahasa,sastera,Ekonomi,Agama dan juga Politik.
Kemiskinan Orang- Orang Melayu Pendita Za'ba Menyebut:
Orang-orang Melayu ini pada hitungan am atau jumlahnya ialah satu yang tersangat miskin.
Kemiskinan itulah sifatnya yang terlebih sangat lengkap dan nyata daripada lain-lain sifat kebangsaannya dan ialah juga sebesar-besar kekurangan yang menjadikan mereka kalah atau ketingalan dibelakang dalam perlumbaan kemajuan.
Miskin pada wang ringgit dan harta benda, miskin pada dan cita-cita, miskin pada pelajaran dan latihan pengatahuan, miskin pada alat kelengkapan otak dan pada beberapa sifat keperangaian yang tinggi dan mulia - jadilah mereka tidak dapat tidak daripada tersangkut dan ketingalan dalam perjalanan bangsa-bangsa."
Za'ba membaca dan memahami kelemahan dan kemiskinan Malayu itu, katanya:
" Surat-surat karangan atau kumpulan kitab dan hikayat dalam bahasa mereka itu miskin dan bukan daripada jenis yang mengangkatkan perasaan atau meningalkan fikiran. Perkelilingan mereka dirumahnya dari masa kecil sentiasa miskin daripada asuhan-asuhan yang sempurna.
Dan jarang-jarang benar keadaannya yang menghembuskan roh yang bersih, atau memberi contoh keelokan perangai, atau menanamkan perasaan-perasaan yang tinggi dan mulia.
Pemandangan mereka terhadap hal hidup didunia ini miskin dari perasaan-perasaan yang hidup dan penoh dengan malap, muram dan kesugulan yang jarang-jarang atau tidak pernah berasa cerah dengan sinaran riang dan sukacita.
Kehidupan agamanya dan amal ibadatnya amat miskin daripada isi dan roh yang asli dan tubuh
( amalannya atau agamanya) yang tidak beisi roh iaitu beberapa banyak telah diselaputi oleh lumpur dan cemar-cemar daki air serta telah hanyut dan beralih rupa beberapa jauhnya daripada ajaran-ajaran asal yang bersih dan hening jernih yang dibawakan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Akan disambung nanti tentang kata-kata Za'ba.
salam sdr
ReplyDeletekalau dilihat kepada penyokong pembang ni mereka miskin menerima kebenaran dan miskin untuk berbaik sesama melayu Islam...
inilah yang sedang dihadapi oleh mereka...
tapi mereka kaya dengan putar muslihat dan berbaik dengan kafir untuk menjahanamkan sesama Islam
salam