FAHAMAN KEBANGSAAN MELAYU
DAN ASABIAH.
Apakah fahaman kebangsaan Melayu yang diperjuangkan oleh UMNO bertentangan dengan Islam ?. Dan adakah ia sama dengan fahaman asabiah yang dilarang dalam Islam ?.
Bagi menjawab persoalan ini, kita perlu memehami secara ilmiah apakah dia fahaman kebangsaan dan apakah asabiah yang dilarang. kekeliru dalam persaolan ini timbul sama ada disebabkan oleh maklumat tentangnya hanya bertaraf ' cakap kedai kopi, penentang Umno untuk menegakkan kumpulan mereka dengan cara memburuk dan menimbulkan kebencian terhadap pehak lain.
APAKAH DIA ASABIAH YANG DILARANG
Persaolan ini sebenarnya telah diterangkan dengan begitu jelas olah Rasulullah s.a.w. sendiri dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud Al-Asqa' , beliau bertanya kapada Rasulullah s.a.w. . Wahai Rasulullah s.a.w. apakah yang dimaksudkan dengan asabiah ?, Rasulullah s.a.w. menjawab, asabiah itu ialah kamu menolong saudara kamu dalam melakukan kezaliman. ( Riwayat Abu Daud).
Penjelasan Rasulullah s.a.w. mengenai asabiah yang dilarang ini sangat jelas sahingga tidak meningalkan sebarang ruang lagi untuk berijtihad mengenainya dan membuat tafsiran yang lain daripada apa yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri.
Sesiapa yang membuat penjelasan yang berlainan daripada apa yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. diatas, bermakna ia menyanggah hadith Rasulullah s.a.w. sendiri atau pun melakukan pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w.
Makna asabiah yang dilarang, diperjelaskan lagi dalam sebuah hadith lain yang juga diriwayatkan oleh Abu Daud.
( Sesipa yang menolong kaumnya bukan atas dasar jalan yang hak, maka ia menjadi seperti unta yang jatuh kedalam telaga, lalu ia cuba diselamatkan dengan menarik ekornya).
( Riwayat Abu Daud).
Maksud pebandingan ini ialah: orang yang menolong kaumnya atas jalan yang tidak benar, maka
ia terjerumus kedalam perbuatan dosa dan tidak akan dapat diselamatkan.
Dengan pengertian asabiah yang dihuraikan diatas, bagaimana pula perjuangan Umno menyatu padukan orang Melayu yang merupakan kelompok Islam terbesar umtuk menentang penjajah.
Memerdekarkan tanah air, melepaskan tanggongjawab fardhu kifayah keatas umat Islam yang mewujudkan pemerintahan yang memberi perlindungan dan menjaga kepentingan rakyat, disifatkan sebagai perjuangan asabiah yang batil ?.
FAHAMAN KEBANGSAAN MELAYU.
Zainal Abidin Abdul Wahid dalam kertas kerjanya 'Fahaman Kebangsaan Melayu Cabarannya," menulis.
Fahaman kebangsaan ialah satu pemikiran yang mendorong sesaorang itu menumpukan kesetiaan yang sepenohnya kapada sebuah negara. Ia merupakan satu ikatan yang kuat kapada ibu pertiwi, kapada tradisi-tradisi tempatan dan biasanya kapada yang berhak kuasa dinegara itu.
Pertalian Bangsa, bahasa dan agama selalunya menjadi unsur kapada fahaman kebangsaan.
Pengalaman bersama menulis peristiwa-peristiwa dalam sejarah sesebuah negara itu seperti menentang penjajahan, boleh menolong mewujudkan ataupun memperkuatkan fahaman kebangsaan.
Segala unsur ini boleh mencetuskan satu pemikiran yang mengaitkan, menggabungkan malah memandukan satu kumpulan manusia. Pemikiran inilah yang dikatakan fahaman kebangsaan.
FAHAMAN KEBANGSAAN BOLEH MELAHIRKAN PERASAAN
CINTA TERHADAP TANAHAIR, PERASAAN BANGGA TERHADAP
NEGARA DAN IA BOLEH MENDORONG KITA KAPADA USEHA
YANG LEBIH GIGIH DEMI KEMAJUAN IBU PERTIWI, MALAHAN
KITA RELA MENGORBANKAN NYAWA UNTUKNYA.
As'salam...
ReplyDeletesile ke blog saye juge bg penerangan tentang Pas dan dasar kepuakan...
pybs-tycoh.blogspot.com