Secara umumnya fatwa yang dikeluarkan pemimpin Pas mengkafirkan orang Umno pada tahun 60-an, 70-an dan 80-an adalah atas alasan Umno adalah parti asabiah, dan mengadakan kerjasama dengan orang bukan Islam.
Umno dituduh parti asabiah atas alasan perkataan pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang diterjemahkan damam bahasa Inggeris United Malays Nasional Organasation yang menjadi ringkasan UMNO. Perkataan kebangsaan Melayu ditejemaahkan oleh Pas sebagai bukti Umno adalah asabiah.
Hakikatnya perkataan Kebangsaan tidak tepat disamakan dengan asabiah dalam bahasa Arab. sebaliknya, perkataan Kebangsaan yang digunakan dalam Umno adalah 'wataniah' yang cintakan negara dan bangsa. Ini bertempatan dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang menyebut cintakan negara sebahagian daripada Iman.
Atas maksud Islam mengharamkan asabiah, maka Umno juga haram, dan sesiapa menyokongnya juga haram. UMNO juga dituduh haram disebabkan memisajkan agama dengan urusan politik dan pemerentahan atau dipangil sekular.
Alasan yang digunakan menuduh sakular adalah tidak ada perkataan Islam pada nama Umno, sedangkan Pas mengaku parti Islam kerana ada perkataan Islam pada nama parti itu. Inilah di namakan parti selogan yang banyak diamalkan dalam Pas.
Pakatan Umno dengan parti bukan Islam dalam Barisan Nasional di tubuhkan pada tahun 1974, sebelum itu dikenali Perikatan yang dibentuk sebelum negara mencapai kemerdekaan, seperti MCA, MIC, Gerakan dan beberapa parti diSabah dan Serawak dianggap sebagai haram. Di sebabkan itu maka Orang Umno dianggap melakukan dosa besar, dan turut sama menjadi kafir.
Orang melayu yang berpegang kuat kapada fahaman tidak mahu menjadi kafir, biarpun sebenarnya tidak kuat berpegang kapada ajaran agama, mudah terpengaruh untuk menolak Umno. Haram Umno bagi golongan ini samalah seperti menyentuh makan daging babi.
Fahaman inilah banyak membantu Pas berjaya menawan Kelantan pada pilihanraya kali pertama tahun 1959, 1964, (kedua) 1969 (ketiga) 1990 ( kelapan) 1995 ( kesembilan) 1999 (ke 10 ) 2004 ( ke 11) 2008 (ke 12 ) Pada tahun 1974 pilihanraya ke empat Pas menyertai Barisan Nasional, Pas keluar dari Barisan Nasional sebelum pilihanraya ke lima yang diadakan pada tahun 1978.
Persoalannya mengapakah Pas menerima menyertai BN pada tahun 1974, sedangkan dalam gabungan itu ada parti bukan Islam ?. Dimanakah fatwa pemimpin Pas yang mengatakan berkerjasama dengan bukan Islam sebagai haram dan kafir. Sepanjang tempoh 1974 hingga 1978, tidak ada kedengaran fatwa haran berkerjasama dengan bukan Islam kerana Pas sendiri mengadakan kerjasama dengan orang kafir maluai Barisan Nasional.
Isu orang Umno kafir timbul kembali apabila Pas keluar dari BN pada tahun 1978, tetapi dalam nada atau alasan yang sedikit berlainan, ketika itu di anggap kafir kerana tidak melaksanakan hukum Allah. Munkin pemimpin Pas tidak berani secara terang menyatakan Umno haram kerana berkerjasama dengan bukan Islam disebabkan mereka pernah berada bersama BN.
Bagaimanapun, isu Umno haram disebabkan berkerjasama dengan bukan Islam 'menganas' kembali beberapa tahun kemudian. Isu ini terhenti sekali lagi apabila persiapan pilihanraya ke lapan yang diadakan pada tahun 1990, apabila Pas bergabung dengan Semangat 46 membentuk Ankatan Perpaduan Ummah (APU) turut mengundang mengadakan kerjasama dengan DAP.
Pada pilahanraya ke 10 yang diadakan pada tahun 1999, Pas makin melupai fatwa haram berkerjasama dengan bukan Islam apabila membentuk kerjasama dengan Barisan Altenatif yang mengundang DAP, Keadilan ( parti berbagai kaum) biar pun di pimpin orang islam, PBS dan parti Rakyat malaysia.
Pada pilihanraya ke 10 juga memperlihatkan sikap Pas yang berubah menerima calun Wanita, tapi hanya dari parti gabungan atau lebih tepat lagi merujuk ke Datin Seri Wan Azizah. Sedangkan Pas masih bertegas menyatakan wanita tidak layak menjadi calun pilahanraya untuk ahli muslimat Pas. Atau dalam nada yang lebih manis menyatakan Dewan Muslimat Pas tidak mengemukakan nama calun yang layak, tetapi Pas melantik senator dikalangan wanita.
Bagaimanapun, hukum berbeza dikeluarkan untuk pekara yang sama?. Namun Pas lupa ludahnya jatuh ke atas batang hidung sendiri apabila mengambil keputusan meletak calun wanita bertanding pada pilihanraya ke 11 yang menyaksikan saorang calun wanit memenangi
kerusi Dewan Undangan Negeri Tanjung Mas Kelantan.
Lebih pelik dan ajaib apabila Nik Aziz mengarahkan agar kawasan bahagian Pas yang bersidang mencalunkan wanita menduduki kerusi naib persiden parti tersebut dalam pertandingan peringkat tertinggi parti untuk pengal 2005 hingga 2008.
Jelas sekalikan apa yang dilakukan itu lebih hebat daripada Umno belum dalam sejarah melantik wanita sebagai naib presiden, kecualu atas dasar kedudukan sebagai ketua Wanita dan Ketua Putri. inilah pemikiran dan dasar yang diamalkan dalam PAS. Semuanya dilakukan untuk kepentingan politik.
Maknanya fatwa dikeluarkan pemimpin Pas dengan sendirinya tertolak, karut dan sekadar gimik politik. Dalam maksud lain pemimpin Pas memang tidak layak digela Ulama untuk mengeluarkan fatwa.
Sekian dan Salam.
salam sobat,,info ok banget,,saya jadi tambah ilmu dari blog sobat ini,, tentang UMNO dan mengenai ASABIAH yang diharamkan,,trims sobat.
ReplyDeleteterimakasih sdh follow di ALJUBAIL.S.A,,saya juga sdh follow di blog islami ini.
ReplyDeletetok guru apa kalu bab agama boleh putar belit..dah nyayuk apa,,
ReplyDelete