SESAT LAGI MENYESATKAN.
Umum mengtahuai kekuatan Pas terletak kapada penyokong yang taksub. Golongan ini percaya bahawa Pas itu Islam dan Islam itu Pas. Sebab itu apa yang diucapkan oleh pemimpin mereka dianggap fatwa yang misti dipercayai.
Dari segi bahasa, fatwa adalah keputusan tentang sesuatu hukum agama ( yang belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas al Quran, hadis dan sumbar hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti atau mereka yang berwanang tentang keputusan hukum syarak.
Tetapi, dikalangan penyokong Pas apa sahaja yang keluar dari mulut pemimpin mereka adalah fatwa,( perkataan fatwa yang digunakan didalam penulisan ini yang dirujuk kapada apa yang dikeluarkan oleh pemimpin Pas tidak membawa erti firwa yang sebenar, melainkan sekadar menjelaskan maksud yang duguna dan dipegang oleh penyokong Pas).
Jasteru mereka tidak perlu lagi merujuk kapada sumber lain. Malah jika ada pehak yang menyangah fatwa itu, akan dianggap sebagai menolak Islam, atau lebih tepat lagi dikatakan kafir. Ulama di luar Pas dianggap tidak layak menjadi golongan pewaris nabi.
Sebaliknya Pas mengelarkan Ulama Umno dan kerjaan sebagai Ulama terompah kayu, Ulama Syaitan, Ulama bisu dan segala macam gelaran yang tidak melambangkan kemuliaan. Ulama Umno hanya layak membincangkan soal haid dan nifas.
Inilah bahayanya parti politik disamakan dengan agama. Penyokong yang tidak arif dalam hukum agama mudah tertipu dengan apa yang disogokkan kapada mereka oleh pemimpin parti yang mengunakan ilmu agama untuk kepentingan politik.
Pemimpin Pas banyak mengeluarkan fatwa sesuka hati untuk mendapat sokongan, sebagai contoh baru-baru ini saorang imam masjid di Manik Urai dalam kutbahnya menyebut melihat gambar Tok Guru Nik Aziz dapat pahala. Fatwa yang dikeluarkan tidak diperhalusi mengikut kaedah sebagaimana sepatutnya. kebanyakkan fatwa pemimpin Pas sekadar 'lepas cakap' ketika berceramah.
Namun begitu para penyokong Pas yang taksub menerimanya sebagai satu fatwa sah yang perlu dipatuhi atau diterima kebenarannya. mereka bertaklid buta dengan fatwa dikeluarkan pemimpin Pas.
Fatwa yang dikeluarkan pemimpin Pas ini dijadikan fakta dan pegangan yang sukar untuk diubah biarpun kebenarannya dibawa para Ulama dari luar Pas atau dikalangan bekas pemimpin Pas sendiri. Penyokong taksub akan hanya menerima fatwa daripada pemimpin yang masih berada didalam Pas.
Mana-mana bekas pemimpin Pas yang dipegang fatwanya oleh penyokong Pas ketika dia berada
didalam Pas , fatwa barunya tidak akan diterima. Malah jika dia ingin membetulkan fatwa dikeluarkannya ketika berada dalam Pas, tidak akan diterima oleh penyokong Pas. peliknya fatwanya ketika berada didalam Pas masih dipakai.
Beberapa bekas pemimpin Pas seperti Omar Khalid, Mohd Ghazali Ahmad (sekadar menyebut dua nama) yang kini berada didalam Umno tidak dilayan oleh penyokong Pas. sedangkan ketika mereka berada didalam Pas, segala fatwa yang mereka keluarkan diterima dan dipakai sepenohnya.
Dengan kata lain orang Pas hanya menerima fatwa yang dikeluarkan oleh pemimpinnya. Pemimpin Pas dianggap amat alim, bijak, mursyid dan serba tau. tetapi jika individu yang sama
keluar dari Pas ,maka dia akan dianggap paling jahil, kafir dan taghut.
Mari kita menyorot kembali beberapa fatwa yang dikeluarkan pemimpin Pas yang dipegang kuat oleh penyokong taksub Pas.
- Haji Omar Daud dari Pasir Mas Kelantan, mengeluarkan fatwa UMNO pada tahun 1959 atas
alasan asabiah, sekular dan mengadakan kerjasama dengan bukan Islam.
Beliau adalah ahli jawatankuasa Ulama Pas dan Wakil kawasan Dewan Undangan Negari Bandar Pasir Mas.
Pada Ogos 1963, Dewan Ulama Pas Kelantan mengeluarkan fatwa bahawa, orang-orang Islan yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerentah, negara menjadi kafir atau haram.
Pada tahun 1979, Haji Mustafa Abu Bakar, Guru pondok Pasir Tumbuh,Kelantan dibicarakan dimakamah atas tuduhan berikut:
Orang-orang Umno dalam Barisan Nasional hukumnya murtad, Orang-orang Umno dalam BN
tidak sah dijadikan imam sembahyang. sembelihan orang Umno BN tidak boleh dimakan, tidak sah akad nikah sekiranya jurunikah itu orang BN, sekiranya tidak bersefahaman antara suami isteri jika salah seorang Pas yang satu BN nescaya hukumnya tertalaklah antara suami isteri dan
jika bersetubuh juga hukumnya zinar, kalau dapat anak hukumnya anak zinar.
Masih banyak lagi fatwa yang dikeluarkan oleh pemimpin Pas, setekat ini dulu kalau ada kesempetan akan disambong lagi.
SALAM.
Salam bro,
ReplyDeleteMintak tanya Tok Guru, apa hukumnya jika suami, depan sapu belakang pun dia sapu......
hukum apa daa..nabi tak ngaku umatla..jahil2 aku pun tahu hukum tuhan
ReplyDeleteTok Guru dah lupa apa dia kata, nyanyok da...
ReplyDeleteHait, garang bunyi kelambuharimau....... garang dalam kelambu aje kot......
ReplyDelete