Monday, July 20, 2009

SESAL LAGI MENYESATKAN (sambungan )

Fatwa Yang dikeluarkan oleh Pas.


Pada tahun 1981 Pak CuHassan dari Pasir Mas, Kelantan mengeluarkan fatwa menghukum penyokong BN sebagai kafir, pada tahun 1981 juga Presiden Pas sekarang, Datuk Sri Abdul Hadi Awang mengkafirkan UMNO ketika berceramah di Kampong Bangul Peradong, Kuala Terengganu.
Pada tahun 1994, Mursyidul Am Pas, Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan bahawa menentang Pas adalah haram mengikut al-Quran.

Pada tahun 1999 ketika bahang demam pilihanraya ke 10 mula dirasakan, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan berikut: Sesiapa yang nak tolong kerjaan Pas, kami sebagai pemimpin Islam misti terima sama DAP,MCA, MIC,. kalau nak tolong kenapa kita tolak, jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima usahkan DAP, Syaitan pun boleh saya terima.


Ketika pilihanraya kecil Lunas, Kedah (2000), Haji Hadi berceramah dengan ucapan; Muslim dan Muslimat ahli-ahli Pas yang dikasihi telah dinyatakan dalam al-Quran dan hadis, dengan jelas jika kita undi orang kafir, maka kita akan masuk neraka.


Para pemimpin Pas menolak wanita sebagai calun pilihanraya atas alasan wanita tidak layak menjadi pemimpin. Melantik wanita menjadi pemimpin dianggap melangar perintah Nabi Muhamad s.a.w. Melantik wanita menjadi pemimpin bermakna membawa ummah kepada kehancuran.


HARI INI APA YANG DIKATAKAN FATWA OLEH PAS SATU MASA DULU PAS JILAT BALIK, TETAPI MENGAPA PENYOKONG PAS MASIH TIDAK SEDAR.
Banyak lagi apa yang di fatwakan oleh Pas, setakat ini dulu dapat seratah keluarkan.

1 comment:

  1. Satu-satunya kejayaan pemimpin PAS adalah memperbodohkan serta mentaksubkan ahlinya..... Dengar serta turut saja apa yang pemimpin mereka kata tanpa membantah...

    Keduanya, pemimpin PAS baru jumpa kitab yang membolehkan mereka berkongsi kuasa, wanita boleh jadi pemimpin.

    Yang terbaru, tiada lagi batasan antara lelaki dan perempuan..mereka bercampurgaul semasa PRK Manik Urai utk berkempen

    ReplyDelete