Wednesday, July 15, 2009

KEKUATAN UMMAH, DIMANA KESILAPANNYA


Umat Islam hari kian rapuh kesatuannya lantaran sikap permusuhan dan pertelagahan yang masih menguasai rentak kehidupan ummah. Sebenarnya terlalu banyak faktur yang menyumbang kearah mewujudkan kemelut perpecahan yang mana akhir umat Islam terpaksa menelan akibat kepahitan kemundurun dan kemiskinan.

Sedangkan Islam adalah agama yang amat mementingkan kesatuan ummahnya dan juga kemajuan mereka dalam pelbagai bidang hidup. Demikianlah jauhnya realiti umat Islam kini walau pon mereka bergelar umat Islam.

Jastru itu timbul persaolan tentang mengapa umat Islam masih lagi berpecah dan mundur biar pon Islam sudah menjadi aturan dan pegangan mereka seharian.

Jika ditinjau dalam al-Quran dan al-Hadis kita akan mendapat betapa Islam menitik beratkan persaolan kesatuan dan perpaduan ummah, ini dimana didalam al-Quran sebagai contohnya Allah taala mengunakan istilah ummah untuk mengambarkan kesatuan umat Islam, dan juga menjadi bukti pengiktirafan Allah kapada umat Islam sebagai umat terbaik. Antaranya ,

firman Allah taala dalam surah al-Baqarah, ayat 143 yang bermaksud: " Dan demikianlah sebagaimana kami telah memimpin kamu kejalan yang benar, kami jadikan kamu wahai umat Muhamad, satu umat pilihan lagi adil" . Di dalam ayat yang lain Allah juga berfirman yang maksudnya:

Kamu(wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi( faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh bebuat segala pekara yang baik dan melarang daripada segala pekara yang salah ( buruk dan keji) serta kamu pula beriman kapada Allah ( dengan sebenar-benar iman). Surah Ali 'Imran ayat 110)

Bagitu juga Rasulullah s.a.w. telah melukiskan satu gambaranindah yang sudah cukup menceritakan tentang kesatuan yang erat antara sesama Muslim di mana baginda s.a.w. bersabda yang maksudnya:

Perumpamaan kaum Muslimin dalam urusan kasih sayang dan tolong menolong bagaikan satu tubuh. Jika salah satu anggota tubut merasa sakit, maka akan menjalarlah penderitaan itu ke seluruh tubuh badan hingga tidak dapat tidur (berjaga malam) dan merasa demam panas "
( Hadis rawayat al-Bukhari & Muslim).


UMAT ISLAM PERLU SEDAR APAKAH MEREKA SUDAH BENAR-BENAR BERPEGANG TEGUH DENGAN ISLAM YANG DIUTUSKAN ALLAH KAPADA UMAT MANUSIA.

3 comments: