Friday, July 17, 2009

Aggenda Melayu.

Perjuangan Yang Sah.


Bagi Bangsa yang bermoral, asas peri penting dalam sesuatu perjuangan ialah kesahihannya atau
"lagitimacy" atau dalam bahasa mudah 'halal haramnya' perjuangan tersebut. Dalam konteks bahasa Melayu, sesuatu yang hendak diperjuangkan mistilah bersifat adil serta selari dengan lunas-lunas Islam.


Ini merupakan prasyarat untuk perjuangan tersebut mendapat tempat dan sokongan dari orang melayu. Maka apabila prasyarat-prasyarat ini ditepati ia akan menjadi sumbar utama dalam pembinaan keyakinan terhadap perjuangan tersebut. Diatas landasan inilah akan munculnya azam politik, kekuatan idealisme serta hala tuju perjuangan politik tersebut.


Oleh itu, adalah menjadi peri pentingnya untuk kita memelihara, memupuk dan mengilab 'legitimacy' dalam perjuangan kebangsaan kita. Kefahaman mengenainya perlu dipertingkatkan selari dengan perkembangan-perkembangan idea-idea terkini yang popular, yang berupaya memomok-momok serta menafikan cita-cita asal perjuangan bangsa.


Harus disedari bahawa idea-idea tersebut boleh datang daripada peibagai punca dan bidang seperti bidang politik, ekonomi, sosial mahupun agama.

2 comments:

  1. tahniah dengan blog anda, selamat berjuang dialamaya, sekupangdua sentiasa memerhati dan bangga dengan kelahiran blogger-blogger kerana makin ramai yang wujud maka makin ramai yang sudah sedar tanggungjawab kita terhadap Agama, bangsa dan negara syabas

    http://sekupangduas.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. SLM BRO..PENCARIN YG BERNAS

    ReplyDelete