Tuesday, May 28, 2013

PILIHANRAYA MALAYSIA ( sambungan )


Keputusan Pilihanray 1969.








PERISTIWA PERBALAHAN KAUM MULA TERCETUS.


Pemuda-pemuda DAP berarak didalam bandar merayakan kemenangan walaupun tidak mendapat kebenaran pekak berkuasa keselamatan, mereka menuju kekediaman Menteri Besar Selangor, ketika itu Datuk Harun Idris, MB ketika itu tiada dirumah beliau berada diistana bersama Tuanku Sultan.

Kegiarahan pemuda DAP ketika itu,  memangil Menteri Besar supaya keluar kerana beliau bukan lagi MB Selangor, oleh kerana MB tiada dirumah, mereka menuju ketiang bendera dengan sikap kurang ajarnya mereka membuka zip seluar dan mengencing tiang bendera, sambil berteriak MELAYU BALIK KAMPUNGLAH KUALA LUMPUR BUKAN TEMPAT MELAYU.

Mereka terus menuju kejalanraya berarak sambil membawa penyapu besar, dengan kata-kata kesat menghina Melayu.

Disaat inilah Melayu mula marah dan akhirnya tercetuslah pergaduhan kaum, pehak keselamatan mula bertindak mengawal keadaan, kebakaran berlaku disanasini, keadaan sudah mula tidak menentu, akhirnya pehak berkuasa kesealamatan mengistiharkan DARURAT dan KIFYU diistiharkan semua orang ramai tidak boleh keluar dari rumah.

KEPUTUSAN PILIHANRAYA PADA TAHUN 1969  SEAKAN-AKAN DENGAN KEPUTUSAN PADA 2013. 

KAUM CINA TIDAK MEMIHAK KAPADA PARTI KERJAAN. kalau pada pilihan ketiga 1969 dihasut oleh komunis, pada kali ini dihasur oleh DAP perjuangannya juga seakan-akan perjuangan komunis.

BERFIKIRLAH BERSAMA.

Wednesday, May 22, 2013

PILIHAN RAYA ( sambungan )

sabungnan.


Tolak ansur perlembagaan sebenarnya merenggangkan lagi jarak hubungan di antara berbilang kaum. Melayu menuduh UMNO menjualkan ‘kepentingan Melayu’ kepada Cina sementara Cina menuduh MCA menggadaikan ‘kepentingan Cina kepada Melayu.

        Perbahasan di Parlimen antara tahun 1960-1969.

Perbahasan hangat telahpun beraku di Parlimen terutama isu yang menyentuh tentang pertikaian hak istimewa bangsa Melayu, isu bahasa dan kemasukan Singapura ke dalam Gagasan Malaysia. Umumnya, ahli Parlimen Melayu samada PAS, Parti Negara dan UMNO yang mewakli kaum Melayu berbahas hebat menidakkan fakta dan hujahan ahli parlimen bukan Melayu seperti PPP dan PAP. Pada peringkat ini ahli parlimen MCA dan MIC masih menyokong Perikatan.

Antara isu yang disentuh ialah berkenaan dasar pelajaran, tanah simpanan Melayu, permit untuk menjalankan perniagaan, biasiswa dan sebagainya. Isu hangat lain ialah konsep Malaysian-Malaysia yang dibawa oleh PAP yang mempertikaikan bangsa Melayu. Singapura terpaksa dikeluarkan dariada Gagasan. Perjuangan PAP diteruskan oleh DAP.

  Konflik Perkauman Akibat Isu Perkauman yang dibangkitkan di Parlimen

 Wakil rakyat ialah mereka yang berpengaruh, apabila ahli Parlimen tidak berpuashati di dalam perbahasan di parlimen maka ia turut dibawa di luar Parlimen melalui pentas-pentas politik dan kempen-kempen pilihanraya. Ini sudah tentu akan membakar semangat rakyat. Kesannya beberapa rusuhan kecil telah berlaku. Antaranya ialah rusuhan kaum sempena perarakan sambutan Pulau Pinang sebagai sebuah bandaraya. Kegelisahan timbul kerana UMNO tidak mahu menyertai perarakan tersebut. Khabar angin tentang rusuhan akan berlaku. Perarakan pada 2 Mei, 1957 dalam suasana tegang, polis yang menyiasat satu pergaduhan di belakang perarakan tersebut yang dikatakan berpunca daripada serangan orang Melayu. Ini mengakibatkan perarakan berpecah dan orang-orang Cina mula melengkapkan diri dengan senjata.. rusuhan berakhir pada 8 Jun, 1957 dengan 4 kematian dan 48 cedera.


Lain-lain konflik yang merenggangkan hubungan antara orang-orang Melayu dan China ialah seperti rusuhan kaum di Pangkor 1959, rusuhan kaum di Bukit Mertajam 1964 dan  rusuhan kaum di Singapura 1964. Di dalam beberapa rusuhan kecil ini pihak polis masih dapat mengawal keadaan. Namun ibarat kata pepatah ‘Terbakar rumah nampaklan asapnya, tetapi terbakar jiwa siapa yang tahu’. Dengan ditambah melalui kempen-kempen yang berapi sebelum pilihanraya dan perarakan  DAP dan Gerakan selepas kemenangan pilihanraya 1969 di Kuala Lumpur telah mencetuskan rusuhan yang besar. 



Monday, May 20, 2013

MALAYSIA DAN PILIHANRAYA ( sambungan )

Pilihanraya Ketiga    10.Mei. 1969.


Setelah selesai pilihanraya kedua negara terus di terajui oleh Perikatan yang memenangi 2/3 kerusi, Yang Teramat Mulia Tengku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri dan kebinitnta melaksanakan tanggungjawab selaku pemerintah beruseha bersungguh-sungguh untuk memajukan negara.

Dalam tempoh  lima tahun ini Tun Razak selaku menteri pembangunan luar bandar telah menubuhkan Felda pada   1hb. Julai 1956 untuk mengubah nasib hidup terutama orang melayu yang rata-ratanya meskin, negeri Pahang merupakan perintis pembukaan tanah rancangan felda yang pertama di Lurah Bilut, dimana peserta sendiri yang melaksanakan kerja-kerja pembersihan hutan.

Tetapi Komunis pada masa yang sama sangat kuat masih cuba untuk mengambil alih teraju negara ini cuba menarik seberapa rama jadi pengikut dan penyokongnya, difahamkan kaum cina rama yang terlibat dengan gerakan  bawah tanah menyokong perjuangan kiminis.

Pada masa yang sama harga Getah jatuh begitu rendah sekali, rakyat bagitu susah, pendidikan dan ekonomi terutama orang melayu sangat dirasai yang tingal diluar bandar.

Walau pun dalam kontrik sosial yang dipersetujui bersama semasa sebelum merdeka  dianatara kaum iaitu 181 Raja-raja Malayu, Pekara 3 Islam Agama Persekutuan, 152 Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan, 153 Hak Istimewa Melayu dan pekara 11 Kerakyatan.

Kerjaan masih gagal untuk melaksanakan apa yang dikata hak Istimewa Orang Melayu, untuk menaik taraf ekonomi, malah DAP telah mempertikaikan tentang hak Istimewa Orang Melayu, DAP dari dulu lagi telah mempertikaikannya tentang isu ini sahingga kehari ini.

sebab itu Presdien MCA ketika itu Tun Tan Siewa Sin menjawab keritikan pembangkan menegenai Hak Istinewa Orang Melayu pada 30.April. 1969.

Dalam ucapannya berkata.

Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan melayu telah menjadi warganegara, berbanding keadaan sebelum merdeka dimana 90 peratus daripada mereka masih bukan diiktirafkan sebagai rakyat setelah hampir 100 tahun hidup dibawah pemerintahhan Penjajah di negeri-negeri Melayu. Dan sebagai kemurahan hati orang melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan sekali gus mempertahankan kepentingan-kepentingan sah masyarakat kaum lain.

DAP yang berjiwa kuminis menghentam kerjaan dan memburuk-buruk keadaan meng hasut rakyat supaya membenci kerjaan dari dulu lagi,

DAP merupakan kumpulan yang tidak bersetuju dengan kemerdekaan dan bersetuju terus dibawah Inggeris, mereka juga mengemukakan cadangan drf perlembagaan yang mana tidak ada hak istimewa orang melayu, bahasa melayu dan bahasa cina dijadikan bahasa kebangsaan.

Sebab itu apabila pilihanraya ketiga pada 10.Mei. 1969, Perikatan hanya mendapat 74 kerusi dan pembengkang mendapat 70 kerusi, kawasan seluruhan ketika itu sudah menjadi 144 kawasan, penambahan sebanyak  39  kawasan.


bersambung

Thursday, May 16, 2013

MALAYSIA DAN PILIHANRAYA (Sambungan )

PILIHANRAYA KEDUA  25 APRIL 1964.


Pilihanraya pertama selepas dua tahun  merdeka telah menyaksikan kemenangan bagi pehak Perikatan walau pun kerjaan baru sahaja memerentah sendiri dengan serba kekurangan, boleh dikatakan pengorbanan seluruh rakyar untuk memastikan kemenengan.

104 kawasan diperuntukan  UMNO bertanding 70 kawasan, menang 52 kawasan, hilang 18 kawasan, PAS bertanding  58  kawasan  hanya berjaya 13 kawasan,.

Orang Melayu mula terpengaruh dengan kempen PAS yang menyatakan orang Islam tidak boleh memilih orang bukan Islam sebagai pemimpin.

Dalam tempoh 4 tahun 7 bulan Perikatan memerentah dan beruseha sedaya upaya untuk membengunkan negara, bagi menambat hati pengundi agar terus menyokong perjuangan UMNO dan Perikatan.

Apabila pilihanraya kedua pada 25hb, April, 1964 penambahan hanya 1 kawasan sahaja dari 104 kapada 105 kawasan,  Perikatan memenangi  89 kawasan dari 105, dan UMNO memenangi 59, kawasan penambahan hanya 6 kawasan sahaja, PAS hanya mendapat 9, kawasan sahaja hilang 4 kawasan.

Perikatan semakin di terima masyarakat kerana kerjaan yang di terajui oleh UMNO telah menunjukkan kesungguhan dalam mentadbirkan negara, sebab kata-kata Tun Razak, erti kemerdekaan  ada tiga, 1. Memerangi Kesihatan, 2. Memerangi Kejahilan, 3. Memerangi kefakiran.

Ketiga-tiga masalah ini kerjaan cuba mengatasi dengan semampu yang boleh, terutama masalah pendidikan kerana masyarakat melayu terlalu jauh ketingalan kebelakang, bagitu juga denga ekonomi, kita tak banyak hospital, cuma yang ada hanyalah peningalan penjajah.

Dari segi ekonomi mesyarakat cina telah menguwasai dari dahulu zaman penjajah sahinggalah kehari ini, Kerjaan nak membina hospital dan Sekolah terpaksa meminjam dengan Bank Dunia, salah satu syarat yang dikenakan oleh Benk Dunia, negara mestilah mengadakan satu dasar pengurang penduduk, dengan itu kementerian kesihatan telah membuat dasar perancang keluarga.

Dasar inilah yang ditentang oleh PAS pandangan mereka Dasar ini bertentangan dengan Agama, sedangkan mereka tidak memahami kedudukan sebenarnya, dengan pinjaman tersebut kerjaan dapat membina sekolah dan Hospital untuk kepentingan rakyat.

Tahun 1960  kita masih belum ada sekolah menengah untuk penghantar melayu, sedangkan kaum cina pada 1957 lagi mereka mempunyai Sek Men. sebanyak 137 buah dengan penghantar bahasa cina,  pada tahun 1962 barulah ada Sek Men Rendah sahaja, tetapi tidak ada untuk melanjutkan seterusnya.

Baginilah nasib orang Melayu dalam pendidikan, sebab itu kerjaan bersungguh-sungguh membela nasib rakyat terutama orang melayu.


bersambung

Monday, May 13, 2013

MALAYSIA DAN PRU ( SAMBUNGAN )

PRU PERTAMA  19 OGOS 1959.

Setelah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Perikatan perlu mendapat mandat baru yang shah kerana malaya sudah merdeka dan di bawah kuasa sendiri, pilihanraya yang lalu  pada tahun 1955 masih di bawah penjajah  Inggeris,

Mengikut tulisan dalam buku Aisah Gani Tengku Abdul Rahman Meletak Jawatan Perdana Menteri kerana menumpukan sepenohnya kapada kempen bagi mempastikan kemenangan kapada Perikatan, masa itu serangan PAS sangat kuat dalam kempennya  orang Islam tidak boleh memilih bangsa lain yang bukan beragama Islam sebagai pemimpin.

Kalau semasa pilihanraya pra kemerdekaan peruntukan kerusi hanya  52 kawasan tapi  pada pilihan raya yang pertama telah memperruntukan sebanyak 104 kawasan pilihanraya, penambahan sebanyak 52 kawasan.

Keputusan pilihanraya pada 19.Ogos 1959 Perikatan  menang  74 kawasan dan pembangkan mendapat 30 kawasan, UMNO memenangi  52 kawasan  selebihnya dimenangi oleh komponan Perikatan 22 kawasan manakala PAS mendapat 13 kawasan.

Tun Abdul Razak Husin telah menyerah kembali kapada Yang Teramat Mulia Tengku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri setelah Perikatan mendapat mandat baru  untuk menerajui negara




Inilah muka pemimpin yang bertanggungjawab memerdekaankan negara dari tangan penjajah bagaimana kesyukarannya mereka menghadapi rintangan negara yang baru merdeka dengan serba kekurangan, tetapi rakyat bersama menghadapinya untuk membangunkankan negara.

Rakyat tiga kaum memahami erti kemerdekaan  ketika itu, negara masih lagi menghadapi cabaran kominis yang kuat, komunis di ketuai oleh Chimpen, ramai anggota keselamatan terkorban dan cedera dan mengalami kecacatan kekal.

Walaupun Chimpin pernah ditawar oleh Tengku untuk keluar meningalkan perjuangan komunis dalam perjanjian Baling, tetapi Chimpin bersetuju dengan syarat Parti Komunis Malaya diterima sebagai parti politik, Tengku menolak kerana parti komunis pempumyai rankaian dengan parti komunis dinegara lain.

Penentengan komunis ini semakin kuat sahingga  beberapa tahun kemudiannya.


bersambung

Friday, May 10, 2013

MALAYSIA DAN PRU

Sejarah Awal PRU  Hingga  PRU 13.


Sebelum Negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957,  telah diadakan pilihanraya pra kemerdekaan pada 25.7.1955, untuk menunjukkan kapada Inggeris bahawa tiga kaum terbesar dalam negara ini boleh hidup bersama dan boleh menerima kaum lain sebagai pemimpin kapada kaum lain.

Pada ketika itu kawasan yang diperruntukan hanya  52 kawasan sahaja, kawasan mejoriti terbesar ialah melayu, 50 kawasan cina 2 kawasan mejoriti India tidak mempunyai kawasan mejoriti hingga ke hari ini, cuma ada dua kawasan sahaja kaum india ramai tetapi tidak mejoriti, iaitu di Lunas di Kedah dan Ijuk di Selangor.

Olek kerana negara ini di dirikan atas dasar perpaduan kaum, kerja sama kaum di utamakan dan sepakat berkongsi kuasa untuk menghalau penjajah demi membangunkan negara tercinta ini.

Pembahagian kerusi telah bermula dari pilihanraya pra kemerdekan iaitu,

UMNO  35  kawasan
MCA     15  kawasan
MIC        2  kawasan.  ===== 52

Dalam pilihanraya ini Perikatan  berjaya mendapat 51 kawasan  kalah satu kawasan di Kerian Perak yang  menang PAS diwakili oleh Tuan Guru Haji Ahmad  orang alim di dikerian, yang kalah wakil Perikatan ialah Sulaman Palastin.

Pas bertanding 12 kawasan hanya menang satu kerusi saja, menunjukkan orang Melayu sudah menolak PAS ketika itu,

PAS Penghalang Kemerdekaan.

Andainya  12 kawasan yang di tandingi oleh PAS kesemuanya PAS  menang, niscaya Inggeris tidak akan memberi kemerdekaan kapada negara ini, kerana orang melayu tidak boleh menerima kaum lain sebagai rakan kongsi.

Alhamdulilah orang melayu berfikiran matang dari dulu hingga kini kerana masih berpegang kapada konsip berkongsi kuasa, cuma diakhir ini saja ada sedikit tercalar kerana angkara pengkhainat bangsa dan negara, orang melayu dengan melayunya dan orang cina dengan cinanya.

bersambung