Thursday, May 16, 2013

MALAYSIA DAN PILIHANRAYA (Sambungan )

PILIHANRAYA KEDUA  25 APRIL 1964.


Pilihanraya pertama selepas dua tahun  merdeka telah menyaksikan kemenangan bagi pehak Perikatan walau pun kerjaan baru sahaja memerentah sendiri dengan serba kekurangan, boleh dikatakan pengorbanan seluruh rakyar untuk memastikan kemenengan.

104 kawasan diperuntukan  UMNO bertanding 70 kawasan, menang 52 kawasan, hilang 18 kawasan, PAS bertanding  58  kawasan  hanya berjaya 13 kawasan,.

Orang Melayu mula terpengaruh dengan kempen PAS yang menyatakan orang Islam tidak boleh memilih orang bukan Islam sebagai pemimpin.

Dalam tempoh 4 tahun 7 bulan Perikatan memerentah dan beruseha sedaya upaya untuk membengunkan negara, bagi menambat hati pengundi agar terus menyokong perjuangan UMNO dan Perikatan.

Apabila pilihanraya kedua pada 25hb, April, 1964 penambahan hanya 1 kawasan sahaja dari 104 kapada 105 kawasan,  Perikatan memenangi  89 kawasan dari 105, dan UMNO memenangi 59, kawasan penambahan hanya 6 kawasan sahaja, PAS hanya mendapat 9, kawasan sahaja hilang 4 kawasan.

Perikatan semakin di terima masyarakat kerana kerjaan yang di terajui oleh UMNO telah menunjukkan kesungguhan dalam mentadbirkan negara, sebab kata-kata Tun Razak, erti kemerdekaan  ada tiga, 1. Memerangi Kesihatan, 2. Memerangi Kejahilan, 3. Memerangi kefakiran.

Ketiga-tiga masalah ini kerjaan cuba mengatasi dengan semampu yang boleh, terutama masalah pendidikan kerana masyarakat melayu terlalu jauh ketingalan kebelakang, bagitu juga denga ekonomi, kita tak banyak hospital, cuma yang ada hanyalah peningalan penjajah.

Dari segi ekonomi mesyarakat cina telah menguwasai dari dahulu zaman penjajah sahinggalah kehari ini, Kerjaan nak membina hospital dan Sekolah terpaksa meminjam dengan Bank Dunia, salah satu syarat yang dikenakan oleh Benk Dunia, negara mestilah mengadakan satu dasar pengurang penduduk, dengan itu kementerian kesihatan telah membuat dasar perancang keluarga.

Dasar inilah yang ditentang oleh PAS pandangan mereka Dasar ini bertentangan dengan Agama, sedangkan mereka tidak memahami kedudukan sebenarnya, dengan pinjaman tersebut kerjaan dapat membina sekolah dan Hospital untuk kepentingan rakyat.

Tahun 1960  kita masih belum ada sekolah menengah untuk penghantar melayu, sedangkan kaum cina pada 1957 lagi mereka mempunyai Sek Men. sebanyak 137 buah dengan penghantar bahasa cina,  pada tahun 1962 barulah ada Sek Men Rendah sahaja, tetapi tidak ada untuk melanjutkan seterusnya.

Baginilah nasib orang Melayu dalam pendidikan, sebab itu kerjaan bersungguh-sungguh membela nasib rakyat terutama orang melayu.


bersambung

No comments:

Post a Comment