Wednesday, May 22, 2013

PILIHAN RAYA ( sambungan )

sabungnan.


Tolak ansur perlembagaan sebenarnya merenggangkan lagi jarak hubungan di antara berbilang kaum. Melayu menuduh UMNO menjualkan ‘kepentingan Melayu’ kepada Cina sementara Cina menuduh MCA menggadaikan ‘kepentingan Cina kepada Melayu.

        Perbahasan di Parlimen antara tahun 1960-1969.

Perbahasan hangat telahpun beraku di Parlimen terutama isu yang menyentuh tentang pertikaian hak istimewa bangsa Melayu, isu bahasa dan kemasukan Singapura ke dalam Gagasan Malaysia. Umumnya, ahli Parlimen Melayu samada PAS, Parti Negara dan UMNO yang mewakli kaum Melayu berbahas hebat menidakkan fakta dan hujahan ahli parlimen bukan Melayu seperti PPP dan PAP. Pada peringkat ini ahli parlimen MCA dan MIC masih menyokong Perikatan.

Antara isu yang disentuh ialah berkenaan dasar pelajaran, tanah simpanan Melayu, permit untuk menjalankan perniagaan, biasiswa dan sebagainya. Isu hangat lain ialah konsep Malaysian-Malaysia yang dibawa oleh PAP yang mempertikaikan bangsa Melayu. Singapura terpaksa dikeluarkan dariada Gagasan. Perjuangan PAP diteruskan oleh DAP.

  Konflik Perkauman Akibat Isu Perkauman yang dibangkitkan di Parlimen

 Wakil rakyat ialah mereka yang berpengaruh, apabila ahli Parlimen tidak berpuashati di dalam perbahasan di parlimen maka ia turut dibawa di luar Parlimen melalui pentas-pentas politik dan kempen-kempen pilihanraya. Ini sudah tentu akan membakar semangat rakyat. Kesannya beberapa rusuhan kecil telah berlaku. Antaranya ialah rusuhan kaum sempena perarakan sambutan Pulau Pinang sebagai sebuah bandaraya. Kegelisahan timbul kerana UMNO tidak mahu menyertai perarakan tersebut. Khabar angin tentang rusuhan akan berlaku. Perarakan pada 2 Mei, 1957 dalam suasana tegang, polis yang menyiasat satu pergaduhan di belakang perarakan tersebut yang dikatakan berpunca daripada serangan orang Melayu. Ini mengakibatkan perarakan berpecah dan orang-orang Cina mula melengkapkan diri dengan senjata.. rusuhan berakhir pada 8 Jun, 1957 dengan 4 kematian dan 48 cedera.


Lain-lain konflik yang merenggangkan hubungan antara orang-orang Melayu dan China ialah seperti rusuhan kaum di Pangkor 1959, rusuhan kaum di Bukit Mertajam 1964 dan  rusuhan kaum di Singapura 1964. Di dalam beberapa rusuhan kecil ini pihak polis masih dapat mengawal keadaan. Namun ibarat kata pepatah ‘Terbakar rumah nampaklan asapnya, tetapi terbakar jiwa siapa yang tahu’. Dengan ditambah melalui kempen-kempen yang berapi sebelum pilihanraya dan perarakan  DAP dan Gerakan selepas kemenangan pilihanraya 1969 di Kuala Lumpur telah mencetuskan rusuhan yang besar. 



No comments:

Post a Comment