Wednesday, December 28, 2011

PENYATUAN UMNO PAS.

Apa Kata Mereka.

Presiden Pas.
Haji Hadi Awang.


Partinya tidak akan menutup pintu rundingan dengan mana-mana pihak kerana ia merupakan satu tuntutan dalam Islam ( Utusan Malaysia 8.6.2009)

Yakin gagasan tersebut mampu menyelesaikan masalah negara. Katanya gagasan ini juga adalah unutuk kebaikan kita semua yang sekarang bagitu rapuh dari segi perpaduan.( Utusan Malaysia 6.6.2009.)

Tan Sri Dr. Harun Sani Zakaria. Mufti Perak.

Kebimbangan Bahawa Orang Melayu Akan Hilang Kuasa Sekiranya UMNO PAS tidak Bersatu. Beliau Terus Menerima Kecaman Daripada Pemimpin Pas Yang Menyifatkan Beliau Menjadi Alat Pehak Tertentu.

Nasarudin Hassan Tantawi.
Ketua Dewan Pemuda Pas.


Pas sendiri perlu membuang sifat berkenaan isu PERPADUAN MELAYU. Kerana majoriti kaum itu adalah beragama Islam.

UMNO hulur dan tawarkan Perpaduan kapada kita (PAS), saya sarankan agar kita tidak perlu menolak tawaran itu, Terimalah tawaran untuk perpaduan Ummah kerana kita tidak mahu PERPECAHAN.

Umat islam mesti bersatu Rata-Rata umat Islam adalah Melayu jadi secara mantiknya Melayu mesti BERSATU.

Mereka ini berpandangan jauh dan memikirkan tentang nasib untung Agama Bangsa dan Negara ini di masa adak datang sekiranya Melayu Tidak bersatu.

No comments:

Post a Comment