Tuesday, December 13, 2011

PERPECAHAN MELAYU

SEJARAHNYA MELAYU TAK PERNAH BERSATU.

Semasa negeri-negeri melayu beraja, negeri-negeri tersebut bersendirian atau dibawah taklukkan negeri-negeri tertentu, Melak pernah beperang dengan Trengganu kerana Tun Teja tunangan Megat Panji Alam, dilarikan Hang Tuah.

Pahang pernah berperang dengan Selangor,( Perang Kelang ) Panglima Pahang ketika itu di ketuai oleh Imam Perang Rasu, akhirnya di namakan oleh Raja Tok Gajah, kerana mereka kehabisan makanan, di hutan dan hanya makan umbut pisang, Raja kata yg makan umbut pisang ialah Gajag, maka itulah sebabnya nama Tok Gajah.

Dan banyak lagi cerita-cerita tentang orang melayu berperang sesama melayu, maksudnya Melayu tidak bersatu, cuma apabila Malayen Union di ujudkan oleh Inggeris setelah kemasukan semula selapas Jepun pada tahun 1946.

Kebimbangan orang Melayu ketika itulah membawa Melayu bersatu, setelah kuasa Raja-Raja Melayu telah dihakiskan oleh Inggeris dalam Malayen Union, kemunculan beberapa pemimpin Melayu ketika itu, seperti Datuk Onn, Pendita Zaaba, Tun Dr. Ismail, Tun Razak dan yang lain-lain nya.

Pada 1 Mac 1946 Orang Melayu Mula Bersatu dengan adanya Kongris Melayu pertama di Kelab Selangor, daripada 42 pertubuhan melayu menjadi satu pada 11.Mei 1946 dengan tertubuhnya UMNO di Johor ( di Istana Besar).

Melayu berpecah lagi pada tahun 1951 apabila Datuk Onn keluar UMNO kerana cadangannya tidak diterima ahli UMNO untuk memasukkan bukan melayu dalam UMNO, Datuk Onn keluan dan menubuhkan parti lain Parti Negara, UMNO di pimpin Oleh Yg Teramat Mulia Tengku Abdul Rahman.

Melayu berpecah lagi apabila Tuan Guru Haji Ahmad Fuard, Pengerusi Biro Agama UMNO bertanding merebut Yang Dipertua UMNO bersama Tengku dan HM Yusof, Tuan Guru Haji Ahmad Fuard kalah, dan merajuk keluar dari UMNO bersama-sama rakannya dan bergabung dengan persatuan ulama menubuhkan PAS.

SEJARAH MELAYU BERSATU HANYA DUA KALI SAHAJA DALAM SEJARAH.

Yang pertama semasa penubuhan UMNO 1946 dan yang kedua 1973 setelah peristiwa berdarah 13 mei 1969. selepas itu PAS bersama BN.

Selepas itu PAS keluar dari BN pada tahun 1976 atas sebab-sebab tertentu pergolakan dalaman PAS ketika itu, tetapi PAS menuduh UMNO buang mereka, sebenarnya mereka yg keluar sendiri kerana pergolakan dalaman PAS.

Melayu berpecah lagi pada tahun 1987 apabila UMNO di haramkan kerana perebutan Presden UMNO antara Dr. Mahathir denga Tg. Razali Hamzah, maka ujud parti Semangat 46, dan akhirnya 46 di bubarkan dan kembali kapada UMNO atas perpaduan.

Melayu berpecah lagi apabila Anwar Ibrahim di pecat dari Kerjaan, dan menubuhkan Parti Keadilan pada tahun 1998, dan sahingga hari ini Melayu berpecah beberapa kelompok iaitu,
1. UMNO. 2. PAS. 3. Keadilan. 4. DAP. 5. PPP. 6. Gerakan.

Bilakah Melayu boleh bersatu dan menentuka kekuatannya demi Agama Bangsa, dan Negara yang tercinta ini, kita di perkotak katikkan oleh mereka kerana kita berpecah belah, kita bimbang apa yang dikatakan orang. Jatuhkan Mealayu mesti dengan Melayu juga. Nak jatuhkan Islam, mesti dengan Islam juga.

Bunga-bunganya sudah menampakkan kerana ada orang melayu sudah tidak mengaku melayu dan ada orang Islam sendiri menyutujui apa yang digerakkan oleh kristian untuk memurtadkan orang melayu.

BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH.

No comments:

Post a Comment