Wednesday, December 14, 2011

PEMBOHONGAN-PEMBOHONGAN PAS SELAMA INI

SEJARAH PEMBOHONGAN PAS.

Peminpin-pemimpin Pas memang banyak berbohong sahingga rakyat telan bulat-bulat kata-kata pemimoin mereka.Hadi Awang dalam reaksi pertama semasa beliau pernah memegang Jawatan Menteri Besar Trengganu memberi tahu, kerjaannya akan melaksanakan sistem keadilan mengikut Islam.

Kata Hadi Sifat dendam tidak akan dilakukan didalam pemerentahannya. Rakyat menyambut baik kenyataan tersebut, sahingga ada yang menyatakan bahawa kini pemimpin Pas sungguh-sungguh akan kembali kapada Islam tulin.

Apa yang terjadi Hj. Hadi Menukar pegawai-pegawai kerjaan dan Imam-imam masjid, balai raya milik UMNO yang menempatkan kelas-kelas tadika dirampas, kanak-kanak belajar diluar dewan. Pemimpin Pas sebenarnya hampir seratus peratus bersikap "mulut manis" atau bersikap "Nifaq".

Selama memerantah Kelantan Pas gagal membina 'Izzah' (kemuliaan) bagi negeri Kelantan. Kelantan kekal sebagai negeri yang tidak boleh berdikari. Sekiranya Pas berjaya menjadikan Kelantan sebagai negeri yang dilaung-laungkan oleh Pas selama ini iaitu: "Baldatun-Tayibatun" dan Lafatahna alaihim Barakatun minasama" sudah pasti kerjaan Kelantan tidak perlu mengharapkan wang daripada kerjaan Pusat atau mana-mana.

Pas sebenarnya tidak ada kemahiran memerintah, yang ada hanya kemahiran berceramah dan memungut derma sahaja. Pas berbanga dengan kemenangannya, sepatutnya apabila negeri itu diperintah secara Islam maka negeri itu akan lebih maju dan makmur.

Sudah dua puluh tahun memerantah kelantan kita tidak nampak negeri Kelantan makmur, Pelabuhan di Kelantan tidak menunjukkan pertumbuhan yang membanggakan. Kelantan bukan pilihan utama pedagang, pengeksport atau pengimport kenapa terjadi sedemekian.

Kerana Pas hanya pandai berceramah dan bijak meniup semangat membenci puak yang tidak menyokong mereka. mereka juga berkemahiran dalam mengeksploitasi sesuatu isu kecil menjadi besar dan menjadi hangat. anak-ank muda terpaksa berhijrah keluar Kelantan untuk mencari pekerjaan, kerana Kerjaan Kelantan gagal menyediakan peluang perkerjaan untuk rakyatnya.

Sepatutnya kita sudah tau menelai demi kepentingan Melayu mesti kekal berkuasa.

No comments:

Post a Comment