Tuesday, February 23, 2010

PAS PARTI PENIPU ( sambungan ) 4

Perjuangan PAS Dalam menghadapi Pilihan Raya.


Semasa pilihan raya Dewan Undangan Negari Kelantan pada 11 Mac 1978 selepas tamatnya pemerentahan darurat negeri itu, PAS mengalami kekalahan yang teruk ditangan UMNO dan parti Bejasa dibawah pimpinan Dato' Mohd Nasir. Pas memperolihe 2 kerusi daripada 36 kerusi yang di pertandingkan. Berjasa 11 dan Umno 23. Semantara di peringkat perlimen dalam pilihan raya umum pada 18 julai 1978, Pas hanya mendapat 5 kerusi daripada 89 kerusi yang dipertandingkan diseluruh nagara.

Kejatuhan Pas dalam pilihan raya 1978 itu adalah disebabkan rakyat telah menyedari tentang penyelewengan Pas dalam pentadbiran kerjaan negeri Kelantan berikutan penyenkiran Dato' Mohd Nasir sebagai Menteri Besar menerusi undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri pada 15 oktober 1977. Berpunca daripada pemecatan itulah menyebabkan kerjaan Pusat terpaksa mengisthiarkan pemerentahan darurat pada oktober 1977.

Semasa Pas dalam Barisan Nasional selepas pilihan raya umum pada tahun 1974, Dato Haji Mohd Nasir selaku Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pas telah di lantik sebagai Menteri Besar Kelantan, Pas sejak awal-awal lagi tidak bersetuju diatas perlantikan itu, kerana Dato' Haji Mohd Nasir adalah saorang tegas dan jujur.

Tetapi oleh kerana desakan daripada pucuk pimpinan Barisan Nasional. Pas terpaksa menerimanya, kemudian mahu tak mahu akhirnya Pas terpaksa mencari jalan untuk menyinkirkan Dato' Haji Mohd Nasir sebagai Menteri Besar, bagi mengelakkan daripada terbongkar segala rahsia keburukan parti itu selama berkuasa di kelantan.

bersambung.

Friday, February 5, 2010

PAS PARTI PENIPU ( Sambungan 3 )

Pejuangan PAS Dalam Menghadapi Pilihan Raya.


Bermula dengan penglibitan PAS dalam pilihan umun 1955 inilah maka PAS tidak pernah melepaskan peluang bagi menyertai pilihan raya- pilihan raya seterusnya, kerana mereka menyedari bahawa tidak ada jalan lain untuk menjatuhkan UMNO melainkan menerusi pilihan raya.

Atas tujuan inilah pemimpin dan ahli-ahli PAS setiap kali menjelang pilihan raya mereka berhempas pulas menyebarkan dakyah dan mengandakan kempen di merata-rata tempat untuk menarik masyarakat supaya menyokongnya.

Banyak isu-isu dan tuduhan yang kotor dan ganas telah di tujukan kapada UMNO seperti UMNO "thoghut" , UMNO munafik, UMNO kafir, UMNO parti asabiah, UMNO hendak menghapuskan Islam, UMNO menghalang pelaksanaan hukum hudud" dan sebagainya. Tuduhan-tuduhan tersebut semata-mata bertujuan untuk melemahkan sokongan orang-orang Melayu/Islam terhadap UMNO.

Selain tuduhan-tuduhan ganas terhadap UMNO, PAS juga memperalatkan Islam melebihi batas-batas keimanan, sahingga ramai dikalangan orang-orang Islam terpesong akidah mereka. Ada yang menganggap Islam itu PAS dan PAS itu Islam, sesiapa yang tidak menyokong PAS bererti mereka tidak menyokong Islam.

Haji Hadi sendiri semasa berceramah di jertih, Terengganu pada 30 julai 1986 secara terang-terang menyatakan PAS itu merupakan parti Allah kerana ia bermatalamatkan perjuangan menegakkan negara Islam dan meletakkan hadis dan Al- Quran sebagai perlembagaan negara.

Semasa pilihan raya umum 1959, dengan mengunakan tipu helah politik bersandarkan agama, Pas telah berjaya menjatuhkan UMNO di Kelantan dan Terangganu. PAS memperolehi 25 kerusi daripada 27 kerusi Dewan Undangan Negeri di Kelantan, manakala di Terangganu 13 kerusi daripada 24 kerusi.

PAS dapat memerentah selama lebihkurang 18 tahun di Kelantan, sementara di Terangganu hanya lebih kurang 2 tahun sahaja, kerana 2 orang wakil rakyat PAS keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO.

bersambung

Thursday, February 4, 2010

PAS PARTI PENIPU (sambungan 2 )

Perjuangan PAS Dalam Menghadapi Pilihan Raya


Setelah Pas didaftarkan secara rasminya sebagai sebuah pertubuhan politik, maka PAS telah menyertai pilihan raya 1955, untuk memilih 52 orang wakil menganggotai Majlis Undangan Persekutuan Tanah Melayu. Dalam pilihan raya tersebut Pas bersama sekutunya parti-parti pembangkang termasuk Bebas meletakkan calun hampir kesemua kawasan, sementara PAS sendiri meletakkan calunnya disebelas kawasan.

Tujuan PAS berbuat demekian semata-mata untuk melemahkan UMNO/Perikatan terutama dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Justeru itu semua kempen pilihan raya 1955 itu diadakan banyak isu-isu berhubung dengan perjuangan UMNO untuk menuntut Kemerdekaan dibangkitkan oleh pehak-pehak yang menyokong PAS.

Parti-parti pembangkang mendawa bahawa terlalu awal untuk Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Timbullah juga kata-kata seperti orang Melayu usahkan untuk mentadbir Negara untuk menebuk lubang jarum pun belum lagi mampu.

Disini jelas menunjukkan bahawa PAS adalah sebuah paeri politik yang secara tidak lansung menentang UMNI/Perikatan yang berjuang untuk menuntut kemerdekaan dan sanggup pula bersekongkol dengan pehak penjajah British semata-mata untuk kepentingan politik, selain untuk melepaskan perasaan benci terhadap UMNO.

Walaubagaimanapun di atas sokongan rakyat khasnya orang-orang Melayu, UMNO/Perikatan menang besar dalam pilihan raya tersebut dengan memperolehi 51 daripada 52 kerusi yang di pertandingkan, sekiranya UMNO/Perikatan kalah di sebelas kawasan yang dipertandingkan oleh PAS itu, sudah pasti amat sukar bagi UMNO/Perikatan untuk mengadakan rundingan dengan pihak British bagi menuntut kemerdekaan. Kerana pihak British tidak akan bersedia mengadakan rundingan sekiranya UMNO/Perikatan tidak mendapat sokongan sebaik-baiknya daripada rakyat.

bersambung.

Wednesday, February 3, 2010

PAS PARTI PENIPU (sambungan)

Latarbelakang Kelahiran PAS.

Ekoran daripada perasaan tidak puas hati inilah dalam perhimpunan Persatuan Islam SeMalaya (PAS) untuk membincangkan Rang undang-undang tubuh persatuan itu pada
24 November 1951, di Butterwoth, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Tuan Haji Ahmad Fuad dan penyokong-penyokongnya mengambil kesempetan merubah haluan PAS dari sebuah persatuan untuk membantu UMNO dalam mengembangkan Islam kapada sebuah pertubuhan politik yang menentang UMNO dan Tuan Hj. Ahmad Fuad sendiri dipilih sebagai yang Dipetua Pas yang pertama.

Setelah PAS ditubuhankan sebagai sebuah pertubuhan politik, pehak penjajah British telah memberikan banyak ruang kemudahan kapada PAS untuk bergerak menentang UMNO, kerana dengan penentangan PAS itu bererti umat Melayu/Islam dengan sendirinya akan berpecah dan secara tidak lansong akan melemahkan perjuangan UMNO untuk kemerdekaan.

Jasteru itu selama kira-kira empat tahun PAS menjalankan aktiviti politik, pehak penjajah British telah membiarkan PAS bergerak tampa permit. Kemudian setelah beberapa hari sahaja sebelum menjelang pilihan raya 1955, barulah PAS didaftarkan dengan rasminya bagi membolehkan ia menyertai pilihan raya tersebut.

bersambung



Tuesday, February 2, 2010

PAS PERTI PENIPU

Latarbelakang kelahiran PAS.

Ramai dikalangan tokoh-tokoh politik mengatakan bahawa PAS itu dilahirkan daripada tulang rusuk UMNO. mengapa dikatakan demekian, kerana useha UMNO untuk membangunkan Islam dan memperjuangkan kemerdekaan negara.

Seorang ahli jawatankuasa Tertinggi UMNO. Tuan Hj. Ahmad Fuad yang telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan Perhimpunan Alim Ulama' yang anjuran oleh UMNO bagi memperjuangkan Islam telah menyeleweng dan mengunakan perhimpunan itu untuk melahirkan sebuah parti politik yang dikenali sebagai Persatuan Islam SeMalaya (PAS).

Persatuan ini diwujudkan semasa perhimpunan Alim Ulama' kali kedua di Kelab Sultan Sulaiman Kampong Baru, Kuala Lumpur pada bulan Julai 1955 dimana ianya mendapat sambutan yang begitu mariah daripada kalangan para ulama.

Tokoh-tokoh agama dan pegawai-pegawai agama diseluroh Persekutuan Tanah Melayu, manakala perhimpunan ulama kali pertama diadakan di Muar, Johor pada 20 Fabruari 1950.
Kedua-dua perhimpunan tersebut adalah dibawah anjuran UMNO dengan tujuan untuk mengumpul tokoh-tokoh agama bagi membantu UMNO dalam perjuangan mengembangkan syiar Islam selaras dengan dan tujuan UMNO di tubuhkan.

Oleh kerana UMNO pada masa itu menghadapi krisis kepimpinan berhubung perletakan jawatan Dato' Onn selaku Yang Dipertua UMNO manakala Tuan Haji Ahmad selaku seorang tokoh UMNO yang kuat menyokong Dato Onn', kalah dalam pertandingan melawan Tengku Andul Rahman dam C.M Yusof untuk merebut jawatan selaku Yang Dipertua UMNO.

Pada perhimpunan Agung UMNO 25 Ogos 1951, membuatkan beliau ( Hj. Ahmad Fusd dan penyokongnya ) rasa tidak puas hati terhadap UMNO ( Tuan Hj. Ahmad Fuad 7 undi, Tengku Abdul Rahman 57 undi dan C. M. Yusuf 11 undi.

bersambung.

Monday, February 1, 2010

Utusan Malaysia 9.Mei 1986

Dato Asri : Bahaya timpa agama jika pemimpin PAS menang pilihanraya.

Bekas Yang Di Pertua Agung PAS, Dato' Hj. Asri Muda memberi amaran bahaya akan menimpa agama, bangsa dan negara jika pemimpin-pemimpin PAS yang ada sekarang memenangi kerusi dalam pilihanraya dengan mengabaikan perpaduan umat Islam.

Bekas Yang Di Pertua Agung Pas itu berkata nasib bangsa dan agama Islam di negara ini akan hancor sekiranya mereka lebih mementingkan kemenangan dalam pilihanraya tampa menghiraukan perpaduan orang Melayu dan kepentingan Agama Islam.

Beliau berkata pada majlis ceramah disini malam tadi bahawa beliau sedih kerana aliran pejuang PAS oleh kerana pemimpin-peminpinnya sekarang juga menyelewing dari landasan asal yang telah ditetapkan semasa beliau menerajui PAS.

Katanya PAS di bawah pimpinannya dahulu sentiasa beruseha mengukuhkan perpaduan orang Melayu dan umat Islam dengan menggabungkan diri dengan Barisan Nasional, tapi sekarang pejuangan PAS memisah dan memecah belahkan orang Melayu sendiri.

Seratah.

Pandangan Allahyaraham Dato' Asri pada tahun 1886 itu, hari ini bertambah parah perjuangan PAS sahingga sangup mengsetarafkan Islam dengan agam lain sebab itu Nik Aziz bersetuju dengan pengunaan nama Allah untuk agama Kristrian.

Hari ini perpecahan di kalangan orang-orang Melayu/Islam lebih ketara berbanding keadaan sebelumnya. Perpecahan ini berlaku tidak lain tidak bukan adalah berpunca daripada perjuangan PAS yang lebih mengutamakan kemenangan dalam pilihanraya daripada kepentingan masa depan bangsa dan agama.

Oleh itu kita sebagai umat Melayu/Islam harus meneliti perjuangan PAS secara mendalam, di sampin memikirkan apa akan terjadi kapada bangsa dan agama Islam yang kita anuti ini, sekiranya membiarkan PAS memainkan peranan sebagai duri dalam daging kapada bangsa Melayu dan Agama Islam.