Wednesday, March 31, 2010

PAS PARTI PENIPU ( sambungan) 10

Perjuangan PAS Boleh Menghancurkan Masa Depan Bangsa Dan Agama.


Sebagaimana yang kita ketahui semenjak merdeka sampai hari ini negara ini di perintah oleh parti-parti politik yang berlatar belakangkan UMNO dan semua rakyat yang berbilang kaum dan berbilang Agama akur diatas kepimpinan UMNO itu, serta menerima dasar-dasar yang diperjuangkan.

Justeru itu menjadikan negara ini sentiasa berada didalam politik yang stabil sahingga membolihkan rakyat keseluruhannya dapat hidup dengan aman dan mewah dan berpeluang pula kapada rakyat di negara lain datang menumpang hidup mencari kesenangan di negara ini.

Ketidakstabilan politik di negara ini hanya berlaku beberapa ketika sahaja iaitu antara lain semasa tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 dan sebelum menjelangnya pilihanraya umum 1999. Tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 adalah berpunca daripada sikap orang Melayu sendiri yang mana ketika itu mereka lebih cenderung untuk menyokong Pas dalam pilihan raya umum tahun 1969, kononya Pas berjuang untuk Islam.

Akibat daripada kecenderungan itu hampir semua kawasan majoriti Melayu yang melebihi sedikit berbanding majoriti bukan Melayu yang di tandingi oleh calun Umno kalah di tangan calun bukan Melayu terutama Dap. Ini kerana undi Melayu berpecah kapada Umno dan separuh lagi kapada Pas sahingga hampir sahaja Umno sebagai tongak kapada kerjaan perikatan tidak dapat menubuh kerjaan.

Melihat kapada kejatuhan Umno ini maka golongan yang benci kapada orang Melayu yang bersekongkol dengan parti pembangkang terutama DAP mengambil kesempetan untuk menghancurkan orang melayu dengan mengadakan tunjuk perasaan di Ibu negara, mereka menjulang-julang gambar Mao Tse Tung sebagai tanda mereka tidak menghormati kepimpinan Melayu.

Ketidakstabilan politik sebelum pilihan raya umum 1999 juga berpunca daripada sikap orang Melayu kerana menuduh Umno zalim kerana memecat bakas saorang pemimpin Umno yang dianggap bagitu hebat. sedangkan di sebalik tabir mereka tidak mengenalinya. Peluang ini diambil kesempetan oleh Pas untuk memburukkan lagi keadaan mendapat sokongan murahan daripada orang Melayu.

Memandangkan Umno/Bn berada diambang pilihan raya umum 1999 sedangkan ramai dikalangan orang melayu yang menentang Umno termasuk sesetngahnya daripada kalangan pagaeai-pagawai kerjaan. Maka golongan anti Melayu yang berselindung di sebalik persatuan- persatuan Cina Malaysia (Suqui) telah mengambil kesempatan untuk mengamukakan 38 tuntutan kapada kerjaan bagi kepentingan mereka di negara ini.

bersambung.


1 comment:

  1. Salam Bro, biarkanlah mereka yg tidak pernah bersyukur ini........ yg sentiasa ingin menjatuhkan kerajaan yg dipimpin oleh orang Islam....

    ReplyDelete