Thursday, March 25, 2010

PAS PARTI PENIPU ( sambungan )

PAS BUKAN PARTI ISLAM.


Kalau ditinjau tentang amalan dan tindak tanduk Pas sejak dari awal ia ditubuhkan hingga ke hari ini, amat tidak layak untuk kita mentafsirkan Pas sebuah parti Islam, Pas lebih layak digelar sebagai parti politik memperalatkan Islam.

Apa sebabnya yang dikatakan demekian adalah kerana segala tindak tanduk parti itu banyak yang bertentangan, malah lebih jauh sekali untuk mencerminkan amalan yang dituntut oleh Islam. Sebagai contoh antara lain, Islam mengajar umatnya supaya bersatupadu kerana dengan cara itulah syiar Islam akan berkembang, dihormati dan dipandang tinggi.

Pas walaubagaimanapun bertindak sebaliknya dengan mencaci, mencela serta memfitnah orang tidak sehaluan dengan mereka, terutama kapada pemimpin-pemimpin Umno sahingga melahirkan kepercayaan yang bagitu ketara dikalangan masyarakat Islam.

Demikian juga Islam melarang keras umatnya menuduh fasik atau kafir kapada umat Islam yang lain hatta kapada umat yang bukan Islam sekali pun. Larangan ini antara lain dinyatakan dalam hadis diriwayatkan oleh Abu Zar dalam kitab sahih Imam Bukhari dan Shahih Imam Muslim yang bermaksud:

Barang siapa yang menuduh fasik atau kafir terhadap sesaorang yang lain, maka ia sendiri akan menjadi fasik atau kafir jika tuduhan itu tidak benar,"

Tetapi bagi ahli-ahli dan penyokong Pas menuduh fasik atau kafir kapada pehak lain terutama kapada ahli-ahli Umno sudah menjadi kebiasaan saolah-olah tidak ada apa-apa larangan bagi mereka.

Keadaan terjadi adalah disebabkan sikap yang tidak bertanggongjawab pemimpin-pemimpin Pas itu sendiri yang lebih mengutamakan kepentingan politik daripada kepentingan untuk membangunkan bangsa dan agama, sahingga sangup berselindung disebalik telunjuk mereka sendiri dengan ceramah-ceramah yang memberi erti kafir kapada orang yang tidak menyokong Pas, walaupun mereka tidak menyebut "kafir" secara terang-terang.

Bagi ahli-ahli Pas yang kebanyakannya terdiri daripada rakyat biasa yang berada di kamponn2 sudah barang tentu mudah percaya dan terpengaruh dengan apa yang diperkatakan oleh pemimpin mereka, lebih2 lagi setelah mengtahui pemimpin itu berkelulusanAl-Azhar dengan serban dan jubah yang mengkagumkan.


sambung

No comments:

Post a Comment