Wednesday, March 10, 2010

PAS PARTI PENIPU ( sambungan 6 )

PEMERENTAHAN PAS DI KELANTAN DAN TERANGGANU.


Pas telah pun memerentah, di Kelantan bermula dari 1959 hingga 1974 dan 1990 hingga kini kurang lebih 35 tahun, manakala di Terangganu dari tahun 1959 hingga 1961 kemudian selepas pilihan raya 1999 hingga 2004.

Dalam tempoh tersebut ternyata Pas gagal merancang dan melaksanakan tanggungjawab sebagai sebuah kerjaan yang berkemampuan. Namun demikian pemimpin-pemimpinya sungguh bijak mentelaah politik rakyat agar rakyat tidak menyedari tindak tanduk mereka terutama dalam arena kejar mengejar menimbun harta sahingga tanggungjawab sebagai wakil rakyat di ketepikan.

Semantara pemimpin-pemimpin besar Pas pula mengubal hukum hudud untuk di laksanakan disebalik tujuan supaya rakyat membenci Umno kerana dianggap menolok hukum tersebut.

Dalam menghadapi pilihan raya 1990 Pas telah mengemukakan manifesto yang bertajuk Membangun Bersama Islam. menifesto tersebut mengandungi 30 garis panduan yang melibatkan politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya untuk dilaksanakan.

Sekiranya perti itu berkuasa, demekian juga dalam menghadapi pilihan raya umum 1995 dan 1999 di mana manifesto yang hampir sama juga dikeluarkan, tapi ternyata setelah Pas berkuasa apa yang dijanjikan belum satu pun dapat dibuktikan.

Kita bukanlah mempersoalkan kemampuan Pas dalam membangunkan ekonomi rakyat
di negeri Kelantan dan Terangganu dan kita juga bukan mengharapkan Pas mendirikan gedung-degung yang tinggi dan indah, kerana tau sejauh mana kemampuan Pas walaupun pemimpinnya bercakap besar bagaikan guruh dilangit.

Apa yang diharapkan sekurang-kurangnya Pas dapat menjuruskan kehidupan rakyat kearah ketinggian moral dan agama sesuai dengan perjuangan Islam yang diperkatakan.

bersambung.

No comments:

Post a Comment