Friday, September 3, 2010

SEJARAH BERMULANYA MELAYU BERSATU ( 10 )

PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.



21 Januari 1948


Acara Menandatangani Perjanjian Negeri - Negeri dan Persekutuan Tanah Melayu.


Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja - Raja Melayu menandatangani Perjanjian Negeri - Negeri dan Persekutuan Tanah Melayu yang berkuatkuasa pada 1 Fabruari 1948.


1 Fabruari 1948.


Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.


Secara rasmi bermulalah Kerjaan Persekutuan Tanah Melayu dan berkuburlah Malayan Union. Jawatan Gabnor telah bertukar menjadi Pesuruhjaya Tinggi. Dengan itukuasa orang - orang Melayu telah dapat dipulihkan tetapi dengan beberapa perubahan bagi memuatkan kepentingan orang - orang bukan Melayu.


Antara kepentingan Pembentukkan Persekutuan Tanag Melayu ialah:-


1. Persekutuan Tanah Melayu mengandungi 9 buah negeri Melayu iaitu Johor, Negeri Smbilan
Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang dan dua buah Negeri Selat
iaitu Melaka dan Pulau Pinang.


2. Residen British digantikan dengan Menteri Besar, beliau dibantu oleh Setiauseha Kerjaan
Negeri, jawatan ini dikhaskan kapada orang Melayu.


3. Persekutuan Tanah Melayui adalah dibawah tadbir Pesuruhjaya Tinggi dan dibantu oleh
Majlis Kerja Persekutuan, Majlis Masyuarat Undangan, Majlis Masyuarat Negeri terdiri
daripada 9 Menteri Besar dan 2 wakil Pulau Pinang dan Melaka. Orang Melayu mempunyai
lebih bilangan didalam majlis-majlis ini.

4. Raja-Raja Melayu kekal sebagai pemerintah dinegeri masing-masing.

5. Taraf kerakyatan diperketatkan. Permohonan kerakyatan mesti mengankat sumpah taat
setia, berkelakuan baik dan boleh bertutur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan Fasih.

6. Untuk mendapat kerakyatan pemohon mesti lahir di Tanag Melayu dan menetap sekurang-
kurang 15 tahun daripada tempoh 20 tahun sebelum permohonan.

7. Sebaik sahaja keadaan dalam negeri mengizinkan undang-undang akan dibuat bagi
mengadakan pilihan raya.

bersambung.

Wednesday, September 1, 2010

SEJARAH BERMULANYA MELAYU BERSATU ( 9 )

6 - 16 Ogos 1946

RUNDINGAN - RUNDINGAN JAWATANKUASA.

Jawatankuasa ini menjalankan tugasnya menyusun perlembagaan Persekutuan. Tiga nama telah dibincangkan bagi Persekutuan Negeri-Negeri Melayu:-

1. Malayan Federal Union - ditolak kerana tidak menampakkan kedaulatan negeri-negeri

Melayu. Perkataan "Union' tidak disenangi orang Melayu.

2. Malayan Federation - ditolak oleh wakil Melayu kerana "Malayan" berkaitan dengan

Malaya tetapi tidak termasuk orang-orang Melayu.

3. Fedration of Malaya ( Persekutuan Tanah Melayu ) - Pihak Melayu telah memilih nama ini

dan dipersetujui oleh jawatankuasa.

TENTANGAN TERHADAP PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

Semasa berlakunya rundingan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu, terdapat gulungan yang tidak berpuas hati dengan syarat kerakyatan didalam Perlembagaan Persekutuan.

Mereka telah menubuhkan satu badan yang dinamakan "All Malaya Council Of Join Action"
( AMCJA ) yang diketuai oleh Tan Cheng Lock. Antara parti-parti yang telah berkerjasama dengan AMCJA ialah Parti Kebangsaan Melayu Malaya ( PKMM ), Angkatan Pemuda Insaf
( API ), Malayan Indian Congress ( MIC ) dan Lembaga Kesatuan Melayu.

API, PKMM, dan Lembaga Kesatuan Melayu telah keluar dari AMCJA dan membentuk Pusat Tenaga Rakyat ( PUTERA ).

JANUARI 1947

GABUNGAN AMCJA & PUTERA.

MELAYU BERPECAH KEMBALI SEDANGKAN MERDEKA BELUM LAGI.

AMCJA pimpinan Tan Cheng Lock dan PUTERA pimpinan Dr. Burhanuddin All - Helmi bergabung bagi menentang perlaksanaan Perjanjian Persekutuan dan merangka perlembagaan mereka sendiri, diantara kandungannya:-

1. Penubuhan sebuah Dewan Perundangan Persekutuan yang dipilih dan satu pengal ialah
selama 3 tahun. Tidak terdapat pemilihan - pemilihan, calun, wakil - wakil atau kerusi -
kerusi berasaskan kaum. Bagaimanapun orang Melayu diberi hak mendapat 55 peratus
daripada jumlah kerusi dalam 3 dewan yang pertama.

2. Penubuhan sebuah Majlis Kaum untuk mengelak pengubalan undang-undang yang bersufat
diskriminasi.

3. Mewujudkan Kerakyatan Melayu dengan semua mereka yang lahir di tanah Melayu
menerima kerakyatan secara automatik berasaskan prinsip "jus soli". Kerakyatan melalui
naturalisasi diberi kapada mereka yang tinggal disini selama 8 daripada 10 tahun yang

terakhir disamping perlu lulus ujian Bahasa Melayu yang mudah. Bagaimanapun
Perlembagaan yang dikatakan berdasarkan suara rakyat tidak mendapat sambutan orang
Melayu.


bersambung.

Monday, August 30, 2010

SEJARAH BERMULANYA MELAYU BERSATU (8)

REAKSI GAMMANS & WILLIAMS.

Lt. Col Rees Williams dan Kapten Gammans merasa sungguh terperanjat dengan kebangkitan semangat Kebangsaan dan kesedaran politik di kalangan orang-orang Melayu. Dalam perbahasannya di House of Commons pada bulan Julai 1946, Kapten Gammans mendesak Kerjaan British supaya mengadakan satu perjanjian baru bagi menggantikan Malayan Union.

PERSIDANGAN RAJA-RAJA MELAYU DENGAN SIR EDWARD GANT.

Satu persidangan di antara Raja-Raja Melayu dengan Sir Edward Gant diadakan di King's House. Persidangan itu turut dihadiri oleh Sir Malcolm Mac Donald, Gabenor General British bagi Asia Tenggara.

Rang Pelembagaan Persekutuan secara kasar yang disediakan hasil rundingan diantara UMNO dan Raja-Raja Melayu diserahkan kapada Sir Edward Gent.

bersambung

Thursday, August 26, 2010

SEJARAH BERMULANYA MELAYU BERSATU ( 7 )

15 April 1946
RAJA-RAJA MELAYU BERSIDANG.

Sultan Perak, Selangor, Pahang, Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis mengadakan pertemuan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsa dan bersetuju dengan sebulat suara membantah penubuhan Malayan Union. Bantahan itu disampaikan kapada Kerjaan British di Englend.

PENUBUHAN UMNO.

Pada 11 dan 12 Mei 1946 Kongris yang ke 3 telah diadakan di Istana Besar, Johor Baharu dan dirasmikan oleh YAM Tengku Mahkota Pemangku Sultan Johor ( Sultan Ismail).
58 wakil dan 30 orang pemerhati dari 29 pertubuhan telah hadir.

BERMULALAH LANGKAH PERJUANGAN BANGSA MENENTANG PENJAJAH DARI BERKUASA, MELAYU BERSATU MENEGAK NUSA LAHIRKAN UMNO MENABUR JASA.

Serelah kongres dibubar, UMNO ditubuhkan dengan rasminya. Wakil-wakil telah memilih
Dato' Onn dengan sebulat suara sebagai Yang Dipertua UMNO yang pertama.

Diantara pekara-pekara penting yang diluluskan didalam persidangan Majlis Masyuarat Agung UMNO Pertama ini ialah:-

1. Cogankata Kebangsaan " HIDUP MELAYU ". Cogankata " Hidup Melayu " akan
digunakan di dalam surat-surat dan juga di waktu perjumpaan orang-orang Melayu.

2. 29 ketua wakil yang hadir menandatangi Piagam yang menghuraikan tujuan-tujuan
UMNO dan struktur pentadbiran.

MEI 1946.
LAWATAN WAKIL KERJAAN BRETISH KE TANAH MELAYU.

Dua ahli Parlimen British iaitu Kapten L.D. Gammans dari parti Konservatif dan Lt. Col. Rees Williams dari Parti Buruh telah melawat ke Tanah Melayu atas jemputan UMNO untuk menyaksikan bangsa Melayu menentang Malayan Union.

Dato' Onn turut sama melawat ke semua pekan-pekan tampat wakil British itu berhenti dimana sahaja terdapat perhimpunan orang Melayu antaranya di Taiping, Pulau Pinang, Seberang Perai Batu Pahat, Alor Star, Kuala Kangsar, Seri Menanti dan Rembau.
Lawatan Dato' Onn itu telah menaikkan lagi semangat orang Melayu menentang Malayan Union.

bersambung.

Wednesday, August 25, 2010

SEJARAH BERMULANYA MELAYU BERSATU (6)

1 APRIL 1946
MEMUJUK RAJA-RAJA MELAYU SUPAYA TIDAK HADIR
KE MAJLIS PERLANTIKAN GABNOR.

Dato' Onn bersama-sam Dato' Haji Wahab bin Toh Muda dan Dato' Nik Ahmad Kamil pergi menemui Raja-Raja Melayu di Station Hotel, Kuala Lumpur bagi merayu kapada mereka agar tidak menghadiri majlis perlantikan Gabnor Malayan Union.

Beribu-ribu orang Melayu memakai songkok berlilit kain putih tanda BERKABONG berkumpul berasak-rasak di hadapan Station Hotel melaungkan "Daulat Tuanku" dan "Hidup Melayu".

Dato' Onn menegaskan kapada Raja-Raja Melayu bahawa kerjasama mereka adalah perlu untuk mengelakkan rakyat Melayu dari menderhaka. Dengan bantuan Sultan Ibrahim dan desakan orang-orang Melayu yang berada disitu, Dato' Onn berjaya memujuk Raja-Raja Melayu agar memulaukan istiadat pertabalan itu.

RAJA MENANGIS.

Raja-Raja merasa amat terharu dengan keadaan ini, lalu berangkat turun menemui rakyat yang berkumpul di luar. Dengan airmata yang berlinang, salah saorang daripada Baginda telah bertitah "Sabarlah" sabarlah. Kita di pihak yang benar, Tuhan akan menyertai pihak yang benar.

Didalam suasana hiba itu, terdengar suara salah saorang, Kami telah membawa Raja-Raja turun dari atas ke bawah. Kami tidak sampai hati hendak menurunkan baginda terus menerus. Kami hanya hendak menyatakan bahawa kami sekelian adalah berdiri menyokong baginda-baginda.

Raja-Raja Melayu akhirnya akur dengan permintaan rakyat dan memulaukan upacara tersebut. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Raja-Raja dan orang Melayu sememangnya tidak dapat dipisahkan.

PERASMIAN KERJAAN
Malayan Union.

1 April 1946
PERASMIAN KERJAAN MALAYAN UNION.

Kerjaan Malayan Union dirasmikan dan Sir Edward Gent mengangkat sumpah sebagai Gabnor.
Tiada seorang pun Raja- Raja dan orang besar atau orang kenamaan Melayu yang hadir.


bersambung




Tuesday, August 24, 2010

SEJARAH BERMULANYA MELAYU BERSATU ( 5 )

PERBAHASAN AHLI-AHLI PERLIMEN BRITISH.

Surat-surat bantahan Raja-raja Melayu telah dibaca oleh Kapten L.D Gammans, ahli perlimen British di dalam perbahasan berkenaan dengan Malayan Union di Dewan Orang Ramai (House of Commons) British. Beliau telah memberi amaran kapada Dewan bahawa pekara ini boleh menjadi pertumpahan darah dan huru-hara jika tidak diatasi. Sir John Barlow pula mengingatkan bahawa Sultan-Sultan ini telah diugut.

KERJAAN BRITISH MENGISYTIHARKAN TARIKH
KUAT KUASA PERJANJIAN MALAYAN UNION.

Tampa menghiraukan tentengan orang Melayu, Kerjaan British terus mengisytiharkan tarikh kuat kuasa perjanjian Malayan Union pada 1 April 1946. Pada tarikh tersebut Sir Edward Gant mengangkat sumpah sebagai Gebnor bagi Kerjaan Malayen Union.

30 - 31 Mac 1946.

KONGRES TERGEMPAR.

Dato' Onn memanggil satu kongres tergempar di pejabat akhbar Majlis bagi membincangkan tindakbalas terhadap kerjaan British. Hasil dari perbincangan kongris tersebut persidangan mencapai keputusan berikut:-

1. Meminta semua orang Melayu di seluruh Tanah Melayu berkabung dengan melilit kain putih di songkok pada 1 hingga 7 April 1946 tanda berdukacita atas kedatangan Malayan Union.

2. Memohon DDYMM Sultan-Sultan Melayu supaya tidak hadir dan tidak campur tangan di dalam istiadat menyambut Gabnor Malayen Union.

3. Ahli-ahli kongres yang telah ditawarkan menjadi ahli Majlis Penasihat Gabenor akan menarik diri daripada lantikan itu.

4. Meminta orang-orang Melayu supaya tidak menerima perlantikan mana-mana Majlis, Lembaga atau Jawatankuasa. Sekiranya tidak mematuhi arahan ini mereka akan dipulau.

5. Persidangan juga telah mengambil keputusan mengutus kawat kapada Kapten Gammans dan Lt. Col. Rees Williams meminta mereka datang ke Tanah Melayu untuk berunding dengan Orang-orang Melayu.

bersambung.

Monday, August 23, 2010

SEJARAH BERMULANYA MELAYU BERSATU ( 4 )

BANTAHAN RAJA-RAJA MELAYU.

Sultan Johar mula sedar bahawa tandatangan yang baginda berikan kapada Mac Michael bermakna baginda menyerahkan kuasa dan negerinya kapada Kerjaan British, lalu bagnda menulis surat kapada Setiauseha Tanah Jajahan Takluk British yang berbunyi:-

"Beta telah dikerasi dan dikejut-kejut dan beta tidak menurunkan tandatangan dengan penuh kemahuan akan tetapi setelah memikirkan semula pekara itu beta berpendapat bahawa beta telah menandatangani perjanjian itu dengan tidak terlebih dahulu menyiasat dengan sehalus-halusnya seperti yang sepatutnya diperbuat dan malangnya beta tidak sedar akan kesan-kesan yang mengenai lebih jauh. Oleh yang demekian, beta suka menyatakan iaitu didalam hal yang demikian beta tidak sanggup lagi bertanggungjawab kapada persetujuan yang beta berikan mula-mula itu.

Lain-lain Sultan juga turut menghantar surat bantahan dengan menerangkan keadaan yang telah mendesak mereka. Antaranya Sultan Kedah, Sultan Selangor dan Sultan Perak.

IMPLIKASI PELAKSANAAN MALAYAN UNION.

Dengan Pelaksanaan Malayan Union, Tanah Melayu akan ditadbir secara terus dari LONDON sebagai sebuah tanah Jajahan ( Koloni ). Maka akan tamatlah kepurapuraan bahawa Negeri-Negeri Melayu ditadbir oleh British bagi pihak Raja-Raja Melayu. Prinsip Justsoli, bagi menerima kerakyataan orang bukan Melayu secara amat longar dan meluas tampa mengambil kira kesetian mereka bakal mengubah struktur politik tempatan. Orang-orang Melayu akan hilang kak-hak dan tanahair mereka di bawah peraturan baru yang ditaja oleh British ini.

( RINGKASAN )

Apa yang diperjuangkan oleh DAP masa ini adalah kesenambungan perlaksanaan Malayan Union. Orang Melayu mesti sedar dalam hal ini agar kita tidak teperangkap didalam mainan politiknya, sekiranya mereka dapat berkuasa sudah tentu segala rancangan Malayan Union dahulu dapat terus dilaksanakan.

bersambung.