MENGULINGKAN KERJAAN.
Apabila Jepun menyerang Tanah Melayu maka ramailah orang-orang cina di negeri ini khasnya yang menjadi anggota PKM telah masuk hutan untuk meneruskan perjuangan mereka menentang Jepun pula sekalipun tujuan dan cita-cita mereka yang utama ialah untuk menghapuskan penjajahan Inggeris di negara ini dengan tujuan mereka dapat memerantah negeri ini (komunis).
Menjelang kekalahan Inggeris di tangan Jepun, pehak pemerintah Inggeris telah membebaskan semua orang-orang komunis yang ada didalam tahanan dengan harapan mereka akan berkerjasama dengan Inggeris bagi menentang Jepun.
Pehak inggeris merancang untuk mempergunakan PKM supaya turut sama berganding bahu dengan mereka untuk menentang Jepun, malah inggeris membantu komunis yang bergerak di bawah MPAJA itu dengan pegawai-pegawai tentera Inggeris dari pasukan 136.
Pasukan komunis yang berjuang di bawah nama MPAJA sebenarnay mereka sudah merancang penubuhan Kerjaan Republik Rakyat Malaya, cita-cita dan rancangan mereka ini diharap akan dapat dilaksanakan sebaik-baik tamat sahaja pendudukan Jepun.
Lia Tak, Setiauseha Agung PKM telah mengeluarkan arahan supaya dibentuk kesatuan-kesatuan sulit dari MPAJA dan kesatuan-kesatuan sulit ini hendaklah tersembunyi dari sebarang perhubungan dengan pasukan 136. Senjata-senjata yang mereka terima dari pasukan 136 dan dari pehak Inggeris hendaklah di sembunyikan bagi kegunaan perjuangan mereka setelah tamat pendudukan Jepun kelak.
Apabila Jepun menyerah kalah kepada pehak Inggeris setelah pengeboman keatas Nagasaki dan Hiroshima oleh Amerika Syarikat, MPAJA sudah ada lapan rejimen tenteranya dan tiap-tiap rejimen mengandungi seramai satu ribu orang tentera.
bersambung
No comments:
Post a Comment