Monday, September 5, 2011

PERBEZAAN ANTARA DULU DAN SEKARANG

sambungan.

Mengulingkan Kerjaan.

Dalam masa lima minggu dari waktu penyerahan kalah hingga Inggeris mengambil semula pemerentahan negeri ini. Anggota-anggota dan tentera MPAJ telah keluar dari hutan-hutan dan melakukan tindak balas dan demdam terhadap mereka yang pernah berkerjasama dengan Jepun dulu.

Dalam tempoh tersebut huru hara dan kucar kacir berlaku diseluroh Tanah Melayu, mereka melakukan kekerasan dan ke zaliman, membunuh dengan kejam, membakar kampong, dan memaksa supaya mengikut perjuangan mereka, sesiapa yang tidak mahu mengikut mereka, akan di siksa dan di bunuh.

PKM adalah bercita-cita hendak menghapuskan penjajah Inggeris dan hendak menubuhkan sebuah kerjaan KOMUNIS BERCORAK REPUBLIK. disinilah bermulanya kembali permusuhan dan pertentangan antara Inggeris dan PKM (Komunis).

Bagaimanapun buat beberapa waktu pehak inggeris masih menghalalkan lagi PKM, ini sekali lagi memberi peluang kapada anasir-anasir Komunis untuk menyusup ke dalam pertubuhan-pertubuhan buruh dan kumpulan NGO.

Mereka menghasut kumpulan tersebut supaya melakukan pemogokkan dengan metalamat untuk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu dan menimbulkan suatu keadaan huru-hara dan kucar kacir di dalam negeri.

Pada tahun 1948, satu persidangan pemuda pemuda komunis telah di adakan di Calcutta dan mengambil ketetapan dalam persidangan itu iaitu semua negeri-negeri diasia Tenggara hendaklah melancarkan pemberontakan bersenjata secara serentak.

Tidak beberapa lama pada 18 Jun, 1948 meletuslah apa yang dinamakan Pemberontakan Komunis yang dirancang oleh PKM yang mematuhi ketetapan dan arahan parti-parti komunis yang bersidang di Calcutta.

bersambung.




No comments:

Post a Comment