Tuesday, August 9, 2011

ANTARA DULU DAN SEKARANG 2

MENGULINGKAN KERJAAN.


Beberapa tahun kemudian dalam tahun 1930, Comintern ( Communist International ) telah mengambil keputusan untuk memperhebatkan lagi kegiatan-kegiatan komunis di Tanah Melayu, maka sebuah Parti Komunis yang tungal bagi seluruh Tanah Melayu perlu di tubuhkan.

Berikutan lahirlah apa yang dinamakan Parti Komunis Malaya (PKM) PKN ini mempunyai ibupejabatnya di Singapura dan terletak dibawah pengawasan langsung Comintern yang mempunyai markas Wilayah di Hong Kong bukan lagi dibawah Parti Komunis Cina.

Di sepanjang tahun 1930an anasir-anasir komunis di Tanah Melayu telah menjalankan kegiatan-kegiatan mereka iaitu dengan menyusup masuk ke dalam pertubuhan-pertubuhan buruh dan pertubuhan-pertubuhan belia, mereka menaburkan sentimen anti pemerentah di kalangan pemuda-pemuda dan buruh-buruh serta mendorong mereka supaya mengadakan ancaman-ancaman terhadap pemerantah.

Antara 1936 - 37, terdapat beberapa pemogokkan besar-besaran dikalangan kaum buruh di Tanah Melayu dan Singapura, akibatnya ramai anggota pertubuhan buruh telah di tangkap oleh pemerentah. Buat sementara ancaman-ancaman dan kegiatan-kegiatan komunis telah menjadi reda. Malah pengaruh mereka pun turut merosot.

Malah pengaruh Komunis ini mula hidup kembali khasnya di kalangan orang-orang Cina apabila meletus perang antara Jepun-Cina dalam tahun 1937. Komunis telah menitik beratkan nasionalisama Cina dan menghubungkanya dengan ideoloji komunis untuk memenangi hati dan sokongan orang-orang di negeri ini.

bersambung.



No comments:

Post a Comment