Friday, May 15, 2009

15 Mei Hari Belia.

Pada 15 Mei setiap tahun negara ini akan menyambut hari belia, Taarif belia yang digariskan oleh Kementerian Belia, mereka yang berumur 40 tahun kebawah.
Hampir 60 % penduduk negara ini tergulong dari kalangan belia, sudah tentu Kementerian Belia merupakan satu kementerian yang penting sepatutnya, tetapi apa yang kita nampak kementerian ini tidak begitu terserlah, Kementerian disebut Kementerian Belia dan Sukan, yang kita nampak agak kehadapan sadikit ialah sukan, tapi tak sampai kemana juga, tidak ada satu sukan yang boleh dibanggakan yang meletak nama Negara kepuncak kejayaan.
Pertubuhan belia banyak tetapi lesu dan tidak bermaya, kadang-kadang kita dengar ada persatuan tetapi tidak ada ektiviti, semakin hari semakin pudar, kita sudah kurang dengar jabatab menganjurkan kursus-kursus, kalau ada pon diserah kapada badan-badan MBD dan MBM, mereka ini juga merupakan badan sukarela, kadang2 banyak kerja sendiri untuk cari makan.
Sekarang ini kerjaan harus memandang serius tentang permasalahan belia, mereka merupakan pengundi muda, yang rata-rata disaluran 4.5.6, yang kebanyakan kalah, adakah kementerian Belia tidak nampak ini semua, apakah ektiviti Kementerian tidak menjurus kearah itu, kalau peruntukan disamaratakan diantara bahagian sukan dengan bahagian belia, kalau sukan dapat seringgit bahagian belia pon patut dapat seringgit juga, baru kiti dapat lihat belia itu digerakan.
Dengan perlantikan Menteri Baru ini orang yang berfikiran kehadapan agar dapat membuat perubahan yang secepat munkin bagi mancapai kekuatan kapada kerjaan.
Kalau kita biarkan mereka, makin lama makin jauhlah mereka dengan kerjaan, Kementeria Belia
misti memandang serius hal ini, mat rempit semakin hari semakin menganas, gejala sopsil bertambah hebat setiap masa, kerjaan dituduh (BN) tidak mampu membendung gejala tersebut,
Pembangkang manjadikan satu modal ceramah menuduh kerjaan gagal.
Hari Belia jangan sekadar disambut dengan penoh semangat dengan sorakan bergemuroh tetapi
habis begitu sahaja perserta yang pergi dapat lah makan dan minum serta baju T sahaja, ucapan
peminpin tidak didengarnya hanya berseronok sahaja kerana dapat bergaul dengan gadis-gadis
dan teruna, duit banyak digunakan tetapi pulangannya tak ada.
Kita kena buat perubahan cara sambutan Hari Belia dengan pendekatan baru, kita tidak boleh lagi ikut cara kita, kita kena tau apa yang mereka mahu, kajian misti dibuat, baru kita dapat tau apa yang mereka mahu, jangan paksa mereka ikut kita,jangan kita tentukan aktiviti itu ikut selera kita, ini lah yang selalu dilakukan apabila dibuat aktiviti sukar dapat peserta, kerana mereka tidak berminat, kita cari apa minat mereka, sudah tentu dapat sambutan.
PEMUDA HARAPAN BANGSA PEMUDI TIANG NEGARA.

No comments:

Post a Comment